Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) cuba untuk menjadi yang terbaik dalam semua bidang baik di dalam padang mahupun luar padang. JDT kini dalam proses menjadi kelab pertama Asia Tenggara dan Malaysia yang bernilai RM 1 Billion.
Seperti yang sering diperkatakan kepada semua penyokong oleh DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja bahawa misi JDT bukanlah hanya memenangi piala tetapi menerapkan elemen kelas pertama dalam segala segi.
Baginda sentiasa mengambil Empayar Rom sebagai contoh kerana kebijaksanaan Julius Caesar yang sentiasa meninggalkan sesuatu yang boleh dibanggakan oleh generasi akan datang.
Tidak guna jika JDT membolot semua piala yang dipertandingkan tetapi tidak meninggalkan legasi kepada penyokong dan rakyat negeri Johor. Ianya umpama Gengis Khan yang kurang terkenal berbanding Julius Caesar walaupun mempunyai lebih banyak kawasan jajahan.
Dengan pelbagai fasiliti yang sudah dan akan dibangunkan, JDT akan menjadi kelab pertama yang mempunyai ‘financial power’ dan mampu bertahan dengan dana sendiri untuk tempoh masa yang panjang.
Matlamat ini adalah matlamat bersama antara pemilik, pengurusan dan penyokong yang perlu bersatu bagi memastikan segala yang dirancang mampu direalisasikan agar menjadi contoh kepada semua pasukan yang bertanding.
JDT Is A First Class adalah sasaran awal buat kelab bola sepak yang muda ini. Biarkan lawan mentertawakan kita tetapi kita sebenarnya berada di landasan yang tepat. JDT akan sentiasa yang terbaik.
Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca laman ini. Teruskan sokongan anda dan pastikan kita penuhkan stadium pada setiap perlawanan kerana bukan hanya kelab tetapi penyokong JDT juga harus first class. Luaskan Kuasamu Johor.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.