JDT! EKSPRESS LARKIN KE MATA DUNIA

 

JDT! EKSPRESS LARKIN KE MATA DUNIA

Oleh: Mohamad Haniff

1) SI PENYERANG TINGGI LAMPAI

Muhammad Hadi Fayyadh Bin Abdul Razak dilahirkan 22 Januari 2000. Memulakan karier sebagai tukang kutip bola di tepi padang pada mulanya ketika berumur 8 tahun. Ketika menuntut di Sekolah Sukan Malaysia Pahang, usianya dalam lingkungan 14 tahun, Hadi mendapat perhatian disebabkan ketinggian yang dimilikinya. Hadi dilihat memiliki ciri-ciri seorang penyerang yang berpotensi tinggi.

Hadi seterusnya ke Frenz United di antara 2015-2016 sebelum Kelab pembangunan itu terkubur tetapi berjaya diselamatkan oleh Tunku Mahkota Johor dengan mengambil alih separuh dari pemilikan FUFC. Di JDT bakat hadi semakin bersinar, dengan beberapa penampilan bersama JDTII, Hadi dilihat mendapat pengalaman bermakna di situ. Dengan kemudahan latihan dan fasiliti yang terkini, Hadi berjaya meningkatkan prestasi. Diantara 2016-2018, Hadi telah berjaya menjadi permata dalam pembikinan Tanah air setelah beberapa kali menyarung jersi kebangsaan iaitu Malaysia u-16,19 dan u-23.

Kini, bakat Hadi berjaya menarik perhatian pasukan luar, jika Shahrel Fikri (PKNP) berjaya menarik perhatian Nakhon ratchasima kelab dari liga Thailand, Hadi Fayyadh pula patut berbangga apabila mendapat perhatian kejurulatihan kelab Roasso Kumamoto dari Liga Jepun.

2) BAKAT YANG DITAMBAH SINAR

Hadi Fayyadh bukan satu-satunya bakat yang berjaya diselamatkan oleh Tunku Mahkota Johor melalui kelab JDT. Beberapa nama telah berjaya dihidupkan kembali setelah karier mereka hampir terkubur. Umum mengetahui bahawa Rozaimi Abd Rahman bekas pemain Sabah adalah salah seorang pemain muda negara yang begitu berbakat. Pemain ini pernah digelar sebagai “Neymar” Malaysia kerana gaya permainan beliau yang mirip dengan pemain termahal dunia ini satu ketika dulu. Beliau juga pernah disenaraikan dalam 10 pemain terbaik Asia pada 2012 oleh salah satu laman sukan terkenal di dunia iaitu ESPN. Nama beliau sejajar dengan Sinji Kagawa, Omar Abdul Rahman, Yuto Nagatomo, Amjad Radhi dan dua lagi pemain dari Asia Tenggara iaitu Teerasil Dangda dan Bambang Pamungkas. Namun,karier beliau hampir pasti terkubur apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama sepupu beliau pada April 2015 di Kota Kinabalu. Kemalangan itu mengakibatkan sepupu beliau, Awangku Mohd Farris meninggal dunia. Ketika harapan menyambung karier sebagai pemain bolasepak hampir terkubur akibat kecederaan serius dialami di bahagian kaki, beliau mula berputus asa dan menjadi tukang gunting rambut. Namun sinar akhirnya muncul apabila Johor Darul Ta’zim memutuskan untuk menandatangani beliau pada penghujung tahun 2015. Rozaimi ditimpa kecederaan ACL pada 21 Jun yang menyebabkan beliau terlepas keseluruhan musim 2016. Namun JDT tetap meneruskan proses pemulihan dan tidak melepaskan tanggungjawab. Akhirnya bermulanya musim 2017, beliau berjaya pulih dan beraksi untuk pasukan Johor Darul Ta’zim II.

3) JANGAN TAKUT! BAKAT KAMU TIDAK AKAN DIABAI

Masihkan ingat dengan Asrarudin Putra? Pemain yang pernah menyarung jersi JDT diantara tahun 2014-2016. Pemain ini ditanggung sepenuhnya oleh JDT setelah mengalami kecederaan serius di pangkal lutut selama setahun. Irfan Fazail juga antara pemain yang menerima kecederaan masa panjang. Beliau mengalami ACL bermula Ogos 2014 hingga ke pertengahan tahun 2015, segala proses pemulihan ditanggung oleh JDT.

Farizal Marlias antara pemain yang menerima hukuman paling lama dalam skuad JDT. Dihukum selama 12 bulan oleh AFC (kemudian diturunkan kepada 8 bulan) tetapi masih tidak dilepaskan oleh JDT. Hasil dari kepercayaan dari Tunku Mahkota Johor, pada tahun 2018 Farizal menjadi antara watak penting dalam kejayaan JDT dalam menggapai kejuaraan kali kelima. Untuk rekod Farizal hanya bolos tujuh kali dan 12 kali “Clean Sheet” pada musim ini.

Nama-nama berikut adalah sebahagian sahaja dari bakat-bakat muda yang berjaya diselamatkan oleh Tunku Mahkota dan JDT. Ramai lagi nama-nama seperti Junior Eldstal, S Kumahran dan beberapa nama lagi.

4) KESIMPULAN

Akhir kata, Setiap pemain perlu dihargai, dan menjadi harapan mereka untuk mengembangkan lagi sayap karier hingga tahap yang paling tinggi. Bersama JDT impian pemain muda berbakat seperti Hadi Fayyadh tidak akan dipersiakan. Menjadi sebahagian dari keluarga ‘JDT FAMILY’ adalah satu-satunya peluang yang tidak akan dilepaskan oleh setiap pemain. Maka tidak hairanlah sekiranya pemain-pemain luar seperti Luciano Figueroa (2014-2016/ 2018), Ervin Boban(1989-1995) malah Alistair Edwards (1991-1992) tidak mampu meninggalkan keluarga Johor Darul Ta’zim ini.

Berada didalam keluarga JDT, hidup terlalu indah untuk menangis”

Selamat Berjaya Hadi!!

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply