5 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MELABUR DI KELAB JDT PADA 2019

5 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MELABUR DI KELAB JDT PADA 2019

Bolasepak adalah sukan yang paling berkuasa dan paling popular di dunia. Hubung kait di dalam sukan bolasepak ini amat unik kerana sukan ini mempunyai hubungan di antara emosi, budaya, dan ekonomi. JDT mempunyai baki 5 bulan lagi menjengah tahun baharu 2019. 5 bulan lagi untuk kita bersedia ke budaya bolasepak yang lebih janggal. Kita bakal jumpa. ACL 2019.

 

1. DUTA MALAYSIA DI LIGA JUARA-JUARA ASIA 2019

Rangkaian geografi pasukan yang bakal JDT tandingi nanti akan lebih meluas. Jika sebelum ini jenama JDT hanya bermain di benua nusantara dan asia pasifik, ianya akan menjangkau ke benua asia lebih luas. Tidak kisahlah jika JDT hadir sebagai pasukan bukan pilihan dan malah mungkin bakal dibelasah ianya tidak penting lagi. Jenama JDT bakal lebih melebar.

 

 

2. RUMAH BAHARU JDT,  STADIUM SULTAN IBRAHIM

Jangkaan awal berkemungkinan JDT bakal masuk ke stadium baharu adalah pada pertengahan musim 2019. Oleh itu tahun depan pengikut JDT bakal alami sejarah merasai 2 ‘home stadium’ dalam satu musim. Pengiklan-pengiklan billboard dan LED board perlu ambil peluang melobi dari sekarang untuk mencari ruang dan ruangan pengiklanan di 2 lokasi bersejarah ini.

 

3. MEDIUM PEMASARAN MEDIA SOSIAL TERSUSUN

Sehingga hari ini laman sosial rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers (JST) masih memegang rekod capaian bacaan pengguna terbaik iaitu lebih kurang 1.3juta capaian sehari. Informasi dan kemaskini harian laman sosial JST yang sangat aktif menyampaikan isu-isu semasa kepada penyokong JDT amat perlu dan berguna dalam dunia perniagaan masakini.

 

4. MEMILIKI RANGKAIAN PENYOKONG DAN PEMBENCI YANG TERBAIK

Seperti sedia maklum kelab JDT yang selama ini tidak lokek untuk berkongsi, menyampaikan dan sebaran maklumat  terkini sentiasa sahaja terdedah kepada kumpulan-kumpulan penyokong dan bukan penyokong. Suka atau tidak golongan-golongan penyokong ini turut membantu melobi dan ‘membawang’ nama JDT itu sendiri. Ya, sebelum ini negara kita mempunyai banyak pasukan ‘sejarah’ dengan legasi penyokong mereka tetapi rasanya kali ini JDT lebih berjaya membawa kelompok penyokong-penyokongnya terbang lebih jauh.

 

5. MAGIKA TMJ

Senang sahaja, cuba anda undur kembali kepada sebab 1 hingga 4 di atas, jika bukan DYAM TMJ yang menjadi ‘Mejar Jeneral’ di JDT adakah semua ini akan dapat dilaksanakan. Sama ada anda sayang atau tidak suka kepada baginda inilah kenyataannya. Baginda adalah ‘X Factor’ utama kegemilangan dan kestabilan JDT. Konfiden pelabur perlu dijaga. Oleh itu pelabur tidak perlu risau kerana baginda adalah ‘Tunku Mahkota Johor’. Jiwa dan komitmen baginda hanya satu. Demi Johor!

 

Luaskan Kuasamu Johor

HS

“I’ve exceeded a few of my goals. But I’m behind on a couple of others..” – Tiger Woods

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply