JDT CREST DI STADIUM SULTAN IBRAHIM SIMBOL KEBANGGAAN JOHOR DARUL TA’ZIM FC

 

Para penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin teruja untuk hadir dan melihat sendiri Stadium Sultan Ibrahim, stadium baharu milik penuh JDT yang sungguh cantik dan menawan hati.

Bermula dari pengumuman pembinaan kini stadium itu sudah siap dan bakal menjadi gelanggang keramat JDT seperti rumah lama kita, Stadium Larkin. Rasa teruja semakin meluap-luap apabila laman rasmi JDT seringkali memberi kemas kini dan keadaan semasa stadium tersebut.

Kini menjelang musim Liga Malaysia 2020, JDT mengorak langkah kehadapan lagi apabila ‘JDT Crest’, logo pasukan JDT akhirnya diletakkan di atas bumbung Stadium Sultan Ibrahim sekaligus menjadikannya stadium bola sepak milik penuh kelab yang pertama di Malaysia.

 

Tidak pernah lagi ada stadium milik penuh sesuatu kelab dalam sejarah bola sepak kita. Kebanyakkan stadium adalah milik kerajaan negeri yang disewa pasukan menerusi Pihak Berkuasa Tempatan. Hanya JDT yang mempunyai ‘rumah sendiri’ sekaligus memahatkan status professional kelab bola sepak ini.

‘JDT Crest’ juga adalah simbol kebanggaan negeri Johor dan stadium ini akan menjadi tempat pelancongan baharu buat negeri dan bakal menggamit ribuan penyokong bola sepak bukan hanya dalam negara malah dari luar negara.

Logo diatas bumbung stadium ini juga secara signifikan merujuk kepada kejayaan DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja dan Baginda sememangnya berhak berbangga atas usaha keras Baginda membangunkan stadium ini tanpa menggunakan satu sen wang dari kerajaan negeri.

Tidak disangkal lagi bahawa JDT adalah satu-satunya pasukan yang paling profesional bukan sahaja dalam padang malahan hingga ke peringkat penyokong. ‘JDT Crest’ ini juga adalah lambang penyatuan Pengurusan, Pasukan dan Penyokong seperti yang digambarkan oleh tiga bintang di dalam ‘JDT Crest’.

Stadium semakin siap tetapi siapkah kita sebagai penyokong untuk menggamatkan Stadium Sultan Ibrahim ini dan mencipta suasana berhantu sekaligus menjadi mimpi ngeri buat semua pasukan yang bertandang. Ayuh semua penyokong, kita penuhkan rumah kita dan tunjukkan dunia siapa kita.

Luaskan Kuasamu Johor.

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply