JDT BUKAN HANYA SEKADAR KELAB BOLASEPAK

JDT BUKAN HANYA SEKADAR KELAB BOLASEPAK

“Kehadiran penyokong pada perlawanan Piala Sumbangsih tempohari amat bermakna buat saya. Ia juga telah membuatkan saya untuk lebih maju membawa JDT ke tahap yang lebih tinggi..” – DYAM Tunku Mahkota Johor

Pemilik JDT sudah bersuara. Kagum dengan sokongan berterusan penyokong tempohari. Perlawanan pertama JDT di Larkin tempohari ternyata telah membuktikan penyokong JDT tetap utuh berada dibelakang pasukan. Oleh itu, kita jangan menoleh kebelakang lagi. Terus maju ke depan.

JDT adalah seperti satu keluarga besar. Daripada pemilik kelab yang sentiasa mendengar suara penyokong hinggalah kepada penyokong JDT itu sendiri yang sentiasa memberi maklum balas positif mahupun bukan demi penambahbaikan kelab.

Kita jangan berhenti lagi. Rapatkan barisan kembali. kita hadapi perlawanan musim ini satu persatu. Musim yang bakal memberi kita emosi nostalgik tahun terakhir rumah JDT di Larkin dan bakal memberi cabaran berganda dalam persaingan tahap Liga ACL.

 

Dengan kata lain kita jangan cepat sangat menghukum jika dalam perjalanan musim ini tidak seperti yang kita harapkan. Biarkan pasukan menyusun strategi dan perancangan. Kita sebagai pemain ke-12 JDT akan setia bersama JDT. Kita bukan hanya Kelab Bolasepak. Kita adalah satu keluarga besar JDT.

We are JDT’s Family. Jom ke Larkin malam esok.

Luaskan Kuasamu Johor!

Foto Kredit: Ezreen Abd Talip / www.asiana.my/HS

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  
  • 2.5K
    Shares

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*