JDT BERJAYA TEWASKAN SEMUA KELAB LIGA SUPER MUSIM INI

Johor Darul Ta’zim (JDT) bukan sahaja mengesahkan kejuaraan kelapan berturut-turut Liga Super malah berjaya mencatatkan kemenangan ke atas semua kelab yang bertanding musim ini.

Dengan rekod pusingan kedua yang cemerlang, JDT menang kesemua 11 perlawanan dan menjaringkan 25 gol dengan hanya melepaskan tiga gol sahaja.

Kedah, Pulau Pinang, UiTM, Melaka, Sabah, PJ City dan Pahang tewas kedua-dua pertemuan dengan JDT manakala Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Terengganu tewas dalam satu perlawanan.

JDT berjaya menjaringkan 50 gol dalam Liga Super dengan 16 pemain berjaya menjaringkan gol manakala Bergson Da Silva muncul pemain terbanyak dengan 23 gol.

Statistik ini membuktikan JDT tidak bergantung hanya kepada seorang pemain tetapi kesemua pemain dari segenap posisi mampu menjaringkan gol untuk memberikan kemenangan. Luaskan Kuasamu Johor.

 

Foto: Hazri Sharani – HS

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*