“JDT ADALAH SATU EVOLUSI” – KAPTEN HARISS HARUN

 

Ketika saya mula menyertai JDT, kami hanya mempunyai satu padang latihan sahaja, tetapi setelah lapan tahun, lihatlah kepada semua fasiliti yang JDT miliki sekarang” petikan kata-kata kapten Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam satu temubual eksklusif bersama Astro Arena.

Evolusi inilah yang menarik minat pemain tempatan mahupun luar negara untuk menyarung jersi merah biru Harimau Selatan. Bukan atas faktor itu sahaja tetapi JDT juga menyediakan fasiliti yang terbaik buat para pemain bagi memastikan setiap pemain berada pada tahap optimum.

Hariss turut menambah bahawa JDT bukan sahaja mengubah lanskap kelab bola sepak tempatan tetapi juga berjaya mengubah keseluruhan wajah bola sepak Malaysia menerusi saingan di peringkat tertinggi kelab Asia.

Bercakap kepada wartawan, Hariss turut gembira dengan bilangan pemain Singapura yang bermain di Liga Malaysia kerana beliau berpendapat Liga Malaysia lebih kompetitif dengan penyokong yang lebih fanatik terutama apabila melibatkan pasukan dengan nama besar.

Beliau turut memilih rakan sepasukan S.Kunanlan sebagai pemain yang baik tetapi kurang mendapat perhatian atau ‘unsung hero’. Kunanlan disifatkan sebagai pemain yang rajin, bekerja keras, konsisten disebalik seorang individu yang pendiam.

Selain itu, beliau turut memuji dua orang pemain muda JDT, Ramadhan Saifullah dan Arif Aiman sebagai pemain yang bakal menjadi bintang masa depan bukan hanya untuk JDT tetapi juga untuk Malaysia.

Temubual penuh di sini : https://youtu.be/yIpycoo-cv0

nbsp;

 

Luaskan Kuasamu Johor.

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply