JANGAN TERKEJUT, INILAH TMJ KAMI

Tular kini di media sosial apabila daripada tangkap layar Instagram peribadi DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim member komen tentang isu padang dan perbelanjaan pasukan bolasepak. Semua sedia maklum bahawa baginda baru sahaja pulih daripada jangkitan Covid 19 tetapi baginda tidak mengambil masa yang lama memberikan reaksi is semasa.

Bagi penyokong-penyokong bolasepak dan netizen yang baharu mengenali baginda hari ini janganlah terkejut, inilah TMJ kami yang sudah kami kenali sejak 9 tahun dahulu. Lantang, ambil tau, pedas, tajam dan tidak berselindung. Walaupun pahit dan sukar ditelan ramai pihak baginda akan memberikan pendapat peribadi baginda berdasarkan fakta dan pemerhatian baginda sendiri.

 

9 tahun lepas, semenjak ‘budak mentah’ ini mengambil risiko masuk ke ‘zon perang’ bolasepak sudah acap kali menjadi bahan jenaka dan sindiran pesaing. Sejak dari awal lagi baginda sudah lantang mengkritik FAM dan baginda telah dihukum atas kelantangan baginda mengkritik badan institusi tertinggi FAM. TMJ telah dihukum penggantungan 6 bulan oleh FAM selepas melanggar Artikel 88.

Dalam tempoh 9 tahun ini sudah berapa kali baginda mengkritik tentang mutu pengadilan bolasepak negara. Bagi pihak lawan menganggap TMJ lakukan ini hanva untuk kepentingan JDT sedangkan TMJ sedang cuba untuk membetulkan kembali sistem pengurusan bolasepak negara yang sudah agak tidak betul sejak 30 tahun terdahulu lagi.

Kebajikan dan nasib pemain bolasepak baginda terus perjuangkan. Kelantangan berterusan baginda mengkritik persatuan-persatuan yang masih mengharapkan dana kerajaan untuk menguruskan kelab bolasepak. Baginda tahu dana-dana dan duit kerajaan in perlu disalurkan kepada rakyat dan bukan digunakan untuk bolasepak semata-mata. Bolasepak biarlah mencari dana daripada penajaan dan pendapatan komersial sahaja.

Di dalam politik pula baginda sudah lali dicaci dan dikutuk oleh netizen dan penyokong tegar parti-parti politik. Pernah dilabel sebagai ‘budak bodoh’ oleh seorang Perdana Menteri sebelum ini baginda tidak mengambil kisah kerana baginda akan tetap bersuara jika rasa ianya tidak betul dan bakal merugikan rakyat. Bagaimana konsistennya baginda mengingatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan ahli-ahli politik yang kuat berdrama untuk meraih populariti tetapi mengabaikan kebajikan rakyat.

Atas dasar ambil berat dan keperihatin baginda tentang isu keselamatan dan kesihatan rakyat Johor, baginda sebelum in menggiatkan usaha untuk memastikan rakyat Johor memperolehi vaksin secepat mungkin.

Oleh itu, kepada penyokong-penyokong dan pengkritik-pengkritik yang baharu mengenali baginda, bersedialah. TMJ akan terus memberikan kritikan yang tersirat dan pandangan yang jelas walaupun ianya pahit untuk ditelan. Baginda boleh sahaja mengambil sikap tidak ambil tahu dan hidup sendiri jika mahu tetapi sebagai seorang Tunku Mahkota baginda perlu memastikan kesejahteraan rakyat Johor khususnya terpelihara dan didahulukan. – HS

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply