Empat patah perkataan yang nampak biasa tetapi bagi sesiapa sahaja yang faham dengan dunia pemasaran ini adalah ucapan paling bermakna dan dicemburui buat peminat-peminat bolasepak dunia.
365 hari lepas bersempena Hari Keputeraan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Kelab JDT telah menganjurkan perlawanan persahabatan amal JDT All-Stars yang berlangsung di Stadium Larkin.
Siapa sangka dari sebuah kelab kerdil JDT telah berjaya mengumpulkan beberapa bekas-bekas pemain kelas dunia seperti Robert Pires, Claude Makalele, Edgar Davids dan Ronaldo bertandang di bumi Johor.
Impak DYAM Tunku Mahkota Johor dalam dunia bolasepak tempatan dan Asia memang tidak boleh sesiapa lawan. Tunku umpama duta besar yang membina jambatan perhubungan di antara bolasepak Johor ke serata dunia. Tidak boleh disangkal lagi.
Semalam di hari keputeraan baginda sekali lagi baginda menerima ucapan Hari Lahir daripada Ronaldo, pemain bolasepak professional dunia pertama bernilai bertaraf Billionare yang disahkan sendiri oleh Forbes.
Bayangkan jambatan persahabatan yang akrab terjalin daripada 2 individu hebat ini yang pasti bakal melempahkan nikmat ke bolasepak Johor dan negeri Johor itu sendiri. Begitu juga hubungan baginda dengan ikon bolasepak dunia yang lain.
Kepada penyokong-penyokong Johor kita teruskan menyokong apa jua perancangan dan idea TMJ dan kepada pengkritik di luar sana, pastikan mengkritik dengan berfakta yang benar dan bukan dengan emosi kosong.
Luaskan Kuasamu Johor
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.