DALAM KECEWA, TMJ MASIH TETAP MAHU BERIKAN HADIAH TERBAIK BUAT PENYOKONG

Secara terang-terang kali ini, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluahkan secara langsung kekecewaan dan kecil hati baginda terhadap penyokong. Diakui dalam beberapa sesi bersama penyokong sebelum ini sudah acap kali saya mendengarnya. Cuma kali ini suhu panas situasi ini agak memuncak sewaktu kejohanan ACL baru-baru ini.

Sebagai laman bukan rasmi penyokong JDT, Harimau Selatan pernah berjanji untuk membantu menarik kembali keyakinan penyokong ke landasan yang utama iaitu menyokong JDT tidak kira menang atau kalah. Buat masa ini kita hanya perlu berdoa agar pandemik Covid 19 yang sedang melanda negara kita ini dapat ‘ditawarkan’ agar kehidupan kita kembali normal seperti dahulu.

Stadium Sultan Ibrahim amat merindui penyokong-penyokong yang benar-benar setia bersama JDT. Pemain-pemain amat merindui sorakan penyokong-penyokong setia di stadium. Kami berdoa agar sorakan-sorakan penyokong ini dapat memadamkan rasa sedih baginda lalu dapat melupakan komen-komen kurang menyenangkan mata dan telinga. Kami berharap dengan kejuaraan ke 8 Liga Super kali ini berjaya menyatukan kembali semua.

Malam Meraikan Kejuaraan Liga Super – V8 tempohari tanda sayang dan dekatnya hati TMJ kepada penyokong. Dalam masa jiwa baginda yang sedih dengan sokongan, baginda masih mahu memberikan hadiah kegembiraan buat penyokong-penyokong JDT.

 

Awal-awal lagi usaha untuk membolehkan penyokong-penyokong hadir ke malam tersebut dapat dilaksanakan. Permohonan rasmi kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan kebenaran walaupun ianya boleh mengundang risiko yang sangat tinggi. Alhamdulillah, penyokong JDT membuktikan mereka adalah penyokong yang matang dan professional untuk menurut setiap arahan dan kawalan.

“Malam itu, penyokong tidak boleh masuk ke stadium. Tidak mengapa, kami datang kepada anda bersama piala kami.  Anda jauh dari kami, tidak mengapa kami tetap akan berusaha untuk dekatkan kembali anda bersama semua sokongan anda.”

Mungkin ini yang cuba disampaikan TMJ kepada semua penyokong malam itu. Piala diiringi dan disembahkan kepada penyokong yang hadir. Persembahan bunga api yang menakjubkan menjadi santapan buat semua penyokong.

Moga kegembiraan malam itu bakal dapat diteruskan dengan menjuarai Piala Malaysia ini dan seterusnya menutup kempen bola sepak tahun ini dengan kejuaraan. Agar tahun depan kita kembali dengan semangat dan sokongan yang lebih kuat. Luaskan Kuasamu Johor!

 

Foto: Hazri Sharani – HS

 

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply