CLASS ACT FROM JDT

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menunjukkan solidariti kepada bencana yang menimpa kapal selam Tentera Nasional Indonesia KRI Nanggala 402 yang karam di perairan Bali dan mengorbankan 53 anak kapal dengan menyalakan lampu di Stadium Sultan Ibrahim dengan warna merah putih yang sinonim dengan bendera Republik Indonesia.

Ini bukan kali pertama JDT melakukan perkara sedemikian apabila pernah menyalakan lampu stadium kepada putih biru sebagai tanda penghargaan kepada kematian legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona.

Ini menunjukkan JDT peka kepada perkara yang berlaku di seluruh dunia dan menggunakan Stadium Sultan Ibrahim sebagai lambang untuk menghormati mereka yang terkorban. Luaskan Kuasamu Johor.

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*