“BOSS” FRIED KUEW TEOW HANYA DI JDT CAFE!

Kalau nak cuba rasa TMJ punya favourite food boleh datang sini..” Khaty – Pengurus JDT Cafe

JDT cafe mula beroperasi pada 2016 ini adalah merupakan sebuah cafe berkonsepkan santai yang berkonsepkan cafe sukan terletak bersebelahan dengan pusat latihan Kelab JDT di Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Baru-baru ini penulis sempat meluangkan masa menikmati makan malam di Cafe JDT dan menemubual santai sendiri bersama Pengurus Cafe JDT, Cik Khaty.

APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG JDT CAFE BERDASARKAN PENGALAMAN DAN PEMERHATIAN KATHY SENDIRI:
    1. Idea penubuhan JDT CAFE ini adalah daripada idea DYAM Tunku Mahkota Johor sendiri.
    2. Tahukah anda kebanyakan pengunjung yang datang ke JDT CAFE ini adalah ramai pengujung dari luar Johor?  Apabila ditanya mereka nyatakan mereka KAGUM dengan TMJ. Kagum dengan revolusi yang dibawa oleh TMJ kepada JDT. Datang sendiri JDT CAFE untuk melihat sendiri depan mata.
    3. Specialnya yang ada di JDT CAFE adalah anda dapat menonton secara LIVE sesi latihan JDT depan mata anda sambil makan minum di cafe.
    4. ‘Top seller’ menu adalah ‘BOSS’ Fried Kuay Tiaw, ‘Red Card’ Fried Rice, ‘Yellow Card’ Fried Rice, Lamb Chop & Chicken Chop
    5.  Tahukah anda, menu TMJ mesti kena extra PEDAS, PEDAS & PEDAS!!
    6. Bila ditanya pengalaman yang paling best semenjak kerja di CAFE JDT ini. Jawapan beliau “EVERYDAY BEST!!” Setiap hari pasti akan berjumpa dengan sesuatu yang baru, kenalan baru, pelanggan baru yang datang dari pelusuk dalam negeri dan dari luar negara.
    7. Setiap kali mendengar pelanggan-pelanggan yang cakap benda-benda baik pasal Johor, pasal JDT buatkan rasa staff JDT CAFE bangga.
    8. “I ADORE JDT, I ADORE TMJ..” Kata-kata daripada pelanggan yang sentiasa membuatkan staff JDT CAFE tidak terasa penat dan sentiasa bangga.
    9. JDT CAFE turut menyediakan pusat jualan ‘Official Merchandise, seperti jersi original. Ramai pelancong-pelancong asing dari hotel berdekatan yang datang untuk mendapatkan barangan ini.
    10. JDT CAFE bersedia untuk menerima tempahan sebarang majlis dalam kapasiti yang ramai.

“Jika anda bernasib baik anda akan dapat berjumpa dengan TMJ di sini dan dapat berselfie dengan Tunku. Macam minggu lepas TMJ belanja semua yang ada di sini..”

Khatijah dan adiknya Chef Sheikh Ibrahim

 

Lokasi: JDT CAFE, Jalan Datuk, Dataran Bandaraya JB, 80100 JB. Open From 4pm-1230am (Facebook: JDT cafe. Instagram: officialjdtcafe)
Kredit Foto: Ezreen Abd Talip, Video: Obey Alias, ‘Special’ Credit: ZZ BESTFM

 

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • 1.1K
    Shares

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*