BANGKOK GLASS DARIPADA PENCABAR JDT KE RELEGASI

 

Bangkok Glass – Daripada Pencabar JDT ke Relegasi

Tahun 2015, JDT mengorak langkah dan mencipta sejarah kelab apabila berjaya melayakkan diri ke peringkat playoff Liga Juara-Juara AFC. Perlawanan playoff peringkat kedua itu diadakan di Bangkok menentang kelab dari Liga Thailand, Bangkok Glass FC.

JDT tewas 3-0 di tangan Bangkok Glass dan tersingkir ke Piala AFC. Bangkok Glass pada ketika itu adalah antara kelab yang bagus dan mempunyai fasiliti yang baik di Thailand. JDT banyak belajar dari kekalahan itu dan semakin konsisten dalam pertandingan benua setiap tahun.

Tahun 2018, JDT berjaya melayakkan diri ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC 2019 manakala Bangkok Glass pula tersingkir dari liga utama Thailand. Satu kejutan untuk peminat mereka. Bagaimana sebuah kelab yang bagus tiba-tiba boleh tersingkir dari liga utama.

Tiada yang mustahil dalam bola sepak tetapi apa yang pasti konsistensi dan semangat juang yang tinggi memang menjadi tulang belakang setiap kelab bola sepak. Ini yang ada pada JDT dan mungkin berkurangan di kalangan pemain Bangkok Glass.

 

 

Sejak 2014, JDT cemerlang menjuarai Liga Super kerana asas yang ditetapkan oleh DYAM Tunku Mahkota Johor adalah untuk JDT bertanding di peringkat tertinggi Asia. Tidak guna hanya menjadi jaguh kampung tetapi tidak diuji jaguh luar negara.

Bangkok Glass mempunyai fasiliti yang bagus, penaja yang bagus, pemain yang bagus namun mereka tidak konsisten. Kebergantungan kepada pemain import juga menyukarkan keadaan mereka untuk kekal bersaing di liga utama Thailand.

Apa yang kita boleh pelajari dari kisah ini adalah jangan berhenti belajar. Setiap hari adalah proses pembelajaran. Ambil iktibar dari kisah Bangkok Glass ini. Bagaimana dari pencabar utama liga Thailand beberapa tahun sebelum ini ke relegasi.

Penyokong Harimau Selatan juga harus ingat bahawa konsistensi dan kejayaan bukan hanya datang dari wang yang banyak. Sebaliknya ia datang dari kerja keras semua pihak. Baik pemilik, pengurusan, pemain, staf sokongan malah penyokong sesebuah kelab itu.

Teruskan sokongan kepada JDT dan semoga nasib buruk ini tidak terjadi kepada JDT. Pelihara dan pulihara legasi ini. Kerana akan suram liga super tanpa Johor Darul Ta’zim. Luaskan Kuasamu Johor.

Syazwan, Ulu Tiram

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply