APA ERTI BOLASEPAK PADA KITA?

APA ERTI BOLASEPAK PADA KITA?

Oleh: Mohamad Haniff

Bolasepak bukan sekadar hanya menenedang bola. Ianya lebih kepada keseluruhan dalam hidup kita. Bagi pencinta bolasepak mereka akan faham maksud bolasepak. Walau macam mana sekalipun kelab bolasepak anda main teruk dan pengurusan teruk anda tetap kena sokong, Sebab tanpa penyokong mustahil pemain ingin bermain dengan penuh semangat dan pengurusan akan terus dibuai kelalaian. Seperti petikan chant yang selalu kita dengar “Mahu jadi apa, pemain tanpa penyokong?” Ya benar tanpa penyokong, Pemain tiada apa-apa. Tapi macam mana cara dan gaya kita menyokong?

Tak kira kita penyokong kuaci atau penyokong tegar, Casual, Hooligan dan Ultras sekalipun kita tetap kena sokong kerana itulah satu-satunya kelab kita dari dahulu hingga sampai bila-bila. Kita kena angkat dan sokong kelab bolasepak kita dengan sepenuh jiwa dan bersungguh-sungguh dalam menyokong dan daripada situ orang luar akan nampak yang kelab kita ada peminat yang begitu bangga dan gila terhadap kelabnya sendiri.

Kelab-kelab luar ini kita anggap sahaja sebagai sokongan sampingan tetapi kelab asal kita itu wajib diutamakan. Saya banyak berbual dengan penyokong-penyokong negara kita yang pergi ke luar negara semata-mata untuk menonton bolasepak luar. Baru-baru ini saya ada ke Singapura untuk menonton perlawanan International Champion Cup (ICC) dan berjumpa ramai penyokong-penyokong daripada Malaysia. Seperti biasa, jika berjumpa bersama penyokong yang mempunyai minat yang sama pasti isu bolasepak yang dibincangkan. Apa yang menyedihkan adalah apabila  kita bualkan isu liga bolasepak tempatan rata-rata langsung tak tahu dan tidak mahu ambil tahu pun dengan hal liga tempatan sendiri.  Hampir 70% tidak menyokong kelab serta negara sendiri. Alasannya permainan teruk, pengurusan tidak telus, pengurusan sendiri lebih utamakan kantong sendiri dan lebih teruk langsung tiada komunikasi yang baik antara penyokong dan pengurusan.

Orang macam ini tidak faham apa itu bolasepak. Pada mereka bolasepak hanya sukan semata-mata dan ada pemenang dan pencundang. Bolasepak bukan setakat sukan, pemenang dan pencundang. Bolasepak itu menyeluruh. Represent your place, your country, your town, your home, your friend, your family and where you are from. Seteruk-teruk pemain kau main sekalipun itu sahaja satu-satunya kelab bolasepak kita. Jangan sesekali melebihkan kelab luar dari kelab sendiri. Lebih boleh tapi jangan sampai melebih-lebih.

-Stand Your Ground And Fight-

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply