Kejayaan Johor merangkul Pingat Emas Bolasepak SUKMA baru-baru ini bukan sekadar sebuah kemenangan. Pingat Emas pertama SUKMA dari bolasepak dalam tempoh penantian 40 tahun.
Ia adalah bukti bahawa Projek bolasepak JDT yang dibina sejak hampir 14 tahun lalu berada di landasan yang betul.

Selama ini, sudah banyak kali DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berpesan agar kita sebagai penyokong Johor jangan mudah termakan umpan pihak luar yang tidak pernah berhenti mahu memecah-belahkan kita dan mahu sangat melihat usaha yang kita bina bersama ini gagal.
Namun hari ini, hasilnya semakin jelas.
Segala penat lelah, kesabaran dan pengorbanan telah menampakkan sinarnya. Dari akar umbi hingga ke pentas tertinggi kita sedang melihat hasil sebuah projek yang dibina dengan visi dan kesungguhan.
Ini bukan kejayaan sehari dua.
Ini adalah hasil 14 tahun membina, mendidik dan percaya kepada proses. Ingat, ianya belum berakhir.

Teruskan bersatu. Teruskan percaya. Jangan mudah dipengaruhi. Kita terus fokus.
Johor bukan sedang bermimpi. Johor sedang menuai hasil daripada apa yang kita tanam.
Menjunjung Kasih TMJ
