2 TAHUN BERTURUT-TURUT MUNCUL DALAM PERMAINAN VIDEO PES – JDT CIPTA SEJARAH LAGI

Ketika ditubuhkan pada tahun 2013 dan apabila dipaparkan kepada umum visi dan misi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Tunku Mahkota Johor ramai yang skeptikal dengan idea Baginda dan ramai juga yang mentertawakannya.

Begitu juga dengan kemunculan Boys of Straits (BOS) yang sering dipandang dengan imej budak jahat kerana ramai yang masih kurang mengerti tentang pergerakan ultras di Malaysia. Kini BOS bukan hanya yang terbaik di Malaysia malah turut sering tersenarai sebagai ultras terbaik Asia menerusi laman penyokong di YouTube.

Selepas lapan tahun, siapa yang tidak kenal JDT dan BOS. Kemana sahaja JDT pergi mereka pasti akan diiringi oleh budak-budak selat ini. Jangankan gunung Fujiyama, puncak Himalaya ku ikut kamu, semuanya demi Johor Darul Ta’zim.

Kemunculan sulung JDT di pentas tertinggi Asia, Liga Juara-Juara AFC (ACL) bukan sahaja menaikkan profil JDT di peta bola sepak dunia tetapi juga kepada para gamers apabila ACL muncul antara liga yang ada di dalam permainan video Pro Evolution Soccer (PES) keluaran Konami.

Penyokong kini boleh memilih sendiri pasukan JDT dan berentap dengan pasukan terbaik dari seluruh dunia. Anak tempatan seperti Safawi Rasid, Nazmi Faiz dan Aidil Zafuan kini muncul dalam bentuk permainan video disamping pemain JDT yang lain.

Menerusi hantaran di media sosial PES, PES 2021 sekali lagi bakal memaparkan ACL sebagai salah satu liga dalam permainan ini. JDT sekali lagi mencipta sejarah apabila muncul sebagai pasukan pertama negara yang muncul di permainan video dua tahun berturut-turut. Ini dinamakan JDT Doing JDT Thing , mencipta sejarah setiap masa.

Apa yang lebih membanggakan adalah kemunculan Komrad Boys of Straits beserta curva mereka di Stadium Sultan Ibrahim. Pastinya komrad BOS merasa bangga dengan pencapaian ini kerana mereka adalah satu-satunya ultras di Malaysia yang muncul dan diperagakan dalam permainan video. Selepas ini kita boleh mendengar chant dari BOS di dalam permainan video ini. Power.

Buat JDT dan BOS semoga pengalaman muncul dalam permainan video ini boleh digunakan sebaik mungkin dari segi komersil kerana anda akan lebih dikenali. Wujudkan pelbagai jenis cenderhati yang boleh dijadikan kenangan oleh semua penyokong JDT. Akhir kata, ingat kita level Asia. Luaskan Kuasamu Johor.

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply