10,000 PENYOKONG UNTUK STADIUM SULTAN IBRAHIM – BERSEDIAKAH ANDA?

Malaysia Football League (MFL) menerusi laman Facebook rasmi mereka telah mengemaskini jumlah kemasukan penyokong ke stadium bagi menyaksikan baki perlawanan Piala Malaysia.

Kebenaran adalah mengikut tahap pemulihan negeri bermula dari 5,000 penyokong buat negeri di Fasa 2, 10,000 penyokong bagi fasa 3 manakala 20,000 penyokong bagi fasa 4.

Ketika artikel ini ditulis, Johor kini berada pada Fasa 3 dan dengan ini 10,000 penyokong dibenarkan masuk ke Stadium Sultan Ibrahim bagi menyaksikan perlawanan di antara JDT dan Sabah pada 2 November nanti.

Jika pematuhan SOP dijaga dan jumlah jangkitan berkurangan, kemungkinan Johor mampu beralih ke fasa 4 dan jika itu terjadi maka Stadium Sultan Ibrahim bakal digegarkan oleh 20,000 penyokong setia JDT.

Kepada para penyokong, sudahkan anda bersedia. Pasti ramai yang merindui suasana menyokong di stadium ditemani sorakan dan nyanyian oleh Boys Of Straits sepanjang 90 minit perlawanan.

Meskipun hanya berbaki satu perlawanan peringkat kumpulan di laman sendiri, ini tidak sama sekali melunturkan hasrat peminat terutama pemegang pas bermusim untuk hadir memberikan sokongan.

Masih berbaki tiga minggu lagi sebelum kita melangkah ke arena yang canggih itu dan kepada penyokong yang masih belum lengkap divaksinasi, anda masih berpeluang untuk hadir selepas tamat tempoh 14 hari.

Menjunjung kasih kepada pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sentiasa memastikan kadar vaksinasi rakyat Johor menjadi keutamaan bagi memastikan kehidupan rakyat kembali normal walaupun terpaksa berhadapan norma baharu.

Buat para penyokong, satukan hatimu, tinggikan sorakanmu demi Johor. Sama-sama kita patuhi SOP yang ditetapkan dan kekalkan disiplin bermula dari rumah hingga kembali semula ke rumah. Ayuh Johor, tunjukkan pada lawan siapa penyokong JDT yang sebenar. Luaskan Kuasamu.

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply