JDT MEMBENTUK ‘HARIMAU’ MASA DEPAN?

 

“Bolasepak adalah hak milik rakyat dan semua yang bergiat dalam mana-mana organisasi bolasepak sebenarnya berkhidmat kepada negara ini. ” DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Presiden FAM

Kejayaan pasukan bolasepak Malaysia B23 AFC baru-baru ini layak ke peringkat suku akhir kejohanan berjaya memberikan sedikit sinar kepada negara. Siapa sangka selepas pasukan senior negara teruk dikecam di kejohanan kelayakan Piala Asia sebelum ini barisan pemain muda ini bangkit memberi harapan baru.

Kejayaan hari esok memerlukan pengorbanan hari ini

Kenali pemain-pemain Harimau Selatan yang mewakili pasukan Harimau Malaya B23 baru-baru ini.

SYAMER KUTTY ABBA –  Tarikh Lahir: 1/10/1997 (20 Tahun)
HADI FAYYADH ABDUL RAZAK. Tarikh Lahir: 21/12/2000 (17 Tahun)
ADAM NOR AZLIN. Tarikh Lahir: 05/01/1996 (22 Tahun)
HAZIQ NADZLI. Tarikh Lahir: 06/01/1998 (20 Tahun)
SAFAWI RASID. Tarikh Lahir: 05/03/1997 (20 Tahun)
DOMINIC TAN. Tarikh Lahir: 12/03/1997 (20 Tahun)

JDT menjanjikan pusat latihan dan fasiliti antara yang terbaik di dunia

Jika dilihat transformasi dan revolusi serta barisan Harimau ‘muda’ yang sedang di’bela’ di JDT ianya tanda JDT telah memasang impian jauh yang bakal dicipta. Semuanya sudah tersedia dan akan terus ditingkatkan.

Kepada penyokong setia ataupun bukan. teruskan sokongan, kerana semua usaha ini bukan sahaja demi Harimau Selatan tetapi bakal membentuk pasukan Harimau Malaya masa depan.

Tidak perlu lagi menuding jari. Kerja kuat perlu dimulakan dari sekarang.

 

“In football the worst things are EXC– USES.
EXC– USES mean you cannot grow or move forward..” Pep Guardiola

 

 

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply