JDT 2019 – BAKAL TEMPA SEJARAH

Selamat datang 2019. Tahun yang signifikan dalam sejarah Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Tahun dimana JDT bakal mempertahankan kejuaraan Liga Super untuk kali ke enam berturut-turut.

Apa yang lebih penting adalah kemunculan sulung JDT di Liga Juara-Juara AFC. Bersaing di peringkat tertinggi kelab Asia adalah impian dan aspirasi pemilik JDT, Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sejak dari awal penubuhan kelab.

2019 bakal menjadi saksi JDT melakar sejarah baharu buat kelab dan pastinya sokongan padu diperlukan dari semua penyokong JDT. Kurangkan alasan dan kontroversi. Kembalikan sorakan seperti mana tahun awal reformasi JDT. Luaskan Kuasamu Johor.

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • 1.8K
    Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *