Harimau Selatan

Page Harimau Selatan

AFC OH AFC

 

AFC OH AFC

Keterujaan penyokong JDT untuk membuat perancangan ‘awaydays’ untuk Liga Juara-Juara AFC tahun hadapan terbantut apabila melihat keputusan undian.

Setelah menunggu penuh debar siapakah bakal lawan JDT, kita sekali lagi perlu menunggu sehingga ke bulan February 2019 untuk mengetahui siapakah lawan kita.

Persoalan disini mengapakah AFC seakan berebut untuk mengadakan undian. Tidak bolehkah AFC menunggu sehingga sekurang-kurangnya pertengahan Disember dimana banyak liga sudah berakhir.

Inilah kelemahan AFC sejak dahulu lagi. Mereka tidak pernah memikirkan tentang penyokong. Mereka seolah-olah cuba menidakkan kehadiran penyokong lawan ke venue.

Kita semua maklum tidak semua penyokong kita berduit. Yang boleh membeli tiket serta merta. Kini penyokong JDT perlu berbelanja lebih untuk membeli tiket penerbangan kerana tindakan AFC ini.

 

 

Hanya perjalanan ke Korea Selatan yang jatuh pada bulan puasa sahaja sudah boleh dirancang kerana Gyeongnam FC telah mengesahkan tempat mereka. Penyokong boleh menempah tiket penerbangan ke Busan sebelum meneruskan perjalanan ke Gyeongnam menggunakan kereta api atau bas.

Lawan untuk perlawanan pertama pada 5 Mac 2019 di tempat lawan hanya diketahui pada 19 Februari dan tiket penerbangan sudah pasti akan lebih mahal jika dibandingkan sekarang. Belum dikira permohonan cuti dan visa jika diperlukan.

Begitu juga dengan perlawanan kedua pada 9 April 2019. Kasihan apabila memikirkan kesan undian ini kepada penyokong JDT. Mereka sudah teruja tetapi keterujaan ini diragut oleh AFC yang nyata tidak kompeten.

 

 

Kepada penyokong, bersabarlah. Kepada AFC, ubahlah cara anda melakukan undian. Liga Juara-Juara AFC tidak akan semeriah Liga Juara-Juara Eropah selagi anda mengekalkan corak undian sebegini. Ingatlah bahawa penyokong adalah pemegang taruh terbesar setiap pasukan.

Luaskan Kuasamu Johor.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • 1.2K
    Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *