Kejuaraan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Liga Super Malaysia 2019 dan menyandangnya selama enam tahun berturut-turut bukanlah perkara yang mudah semudah dilihat mata kasar.
Banyak perkara yang dilakukan dari luar padang hinggalah ke dalam padang yang sering dititikberatkan selaras kehendak bola sepak moden. Perubahan demi perubahan yang ketara memperlihatkan JDT serius dalam pengurusan kelab bola sepak.
“Sometimes confident been translated into arrogant”
Inilah perkara utama yang dinyatakan oleh pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku. Mahkota Johor ketika satu temubual yang disiarkan sebuah stesen televisyen berbayar baru-baru ini.
Baginda yakin kerana baginda telah meletakkan visi, misi dan sasaran yang jelas kepada semua yang terlibat dengan kelab. Dari pemain, jurulatih, kakitangan kelab hingga ke penyokong. Apabila matlamat jelas semuanya akan bersatu dalam menjayakan misi tersebut.
Sombong dan bongkak pula akan dinilai oleh pesaing yang masih gagal menghampiri struktur JDT. Jangan pula dinilai dari kejayaan yang sememangnya ketinggalan jauh. Bagaimana hendak berjaya jika anda semua masih di tahap yang lama. Perebutan kuasa dan sifat tamak masih berleluasa dalam kebanyakan pasukan yang bertanding.
JDT adalah satu-satunya kelab yang bebas dari politik dan melakukan perkara yang betul dalam era bola sepak masa kini. Bukan melambung pujian tetapi itulah realitinya. Hubungan TMJ bersama orang bola sepak dunia akan semakin kukuh dan profil JDT pula melonjak hingga batas Asia.
Meletakkan orang yang betul dalam menjalankan tugas pasti akan membuahkan hasil. Perkara ini sangat asing dalam budaya kerja di Malaysia baik dalam bola sepak mahupun sektor swasta dan kerajaan. Perkara ini dijadikan asas di JDT dan lihatlah apa yang berlaku kepada JDT.
Tidak mustahil JDT bakal menguasai Liga Super hingga lebih 10 tahun berturut-turut jika tidak ada pasukan yang ‘step up’ untuk melakukan perubahan. JDT perlukan pesaing agar liga lebih kompetitif dan dramatik. Ini adalah cabaran dan bukannya bersikap sombong.
Tahniah kepada semua penyokong JDT yang sentiasa berada di belakang pasukan. Kemenangan ini untuk anda semua. Ayuh raikan kemenangan ini dan ingatlah ‘football is nothing without fans’ dan tunjukkan kepada semua bahawa kita yakin dan bukannya sombong.
Luaskan Kuasamu Johor.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.