TMJ SERIUS MEMBENTUK JDT PASUKAN MASA DEPAN

Melihat corak permainan Arif Aiman yang baharu berusia 18 tahun dan Ramadhan Saifullah yang berusia 19 tahun di perlawanan semalam amat mengujakan semua penyokong JDT. Peluang menonton secara langsung perlawanan di TV menyaksikan persembahan positif daripada kedua-dua pemain muda Harimau Selatan ini.

“Saya akan menyeimbangkan pasukan di kedua-dua kejohanan ACL dan Piala Malaysia untuk memberi peluang kepada pemain-pemain muda JDT beraksi.” – DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Bila diimbas kembali dengan skuad JDT kini, TMJ mula mengorak langkah membina skuad Harimau Selatan dengan menandatangani pemain-pemain kebangsaan ketika itu seperti Aidil Zafuan, Zaquan Adha, Nor Shahrul Idlan Talaha, Azmi Muslim dan Safiq Rahim yang rata-ratanya berusia bawah 30 tahun.

Foto: JOHOR Southern Tigers

Dalam masa yang singkat hasil idea TMJ telah membolehkan berbelas-belas piala kejuaraan menjadi milik JDT. Semestinya ketika itu sudah pasti ada suara-suara pengkritik yang mempertikaikan tindakan baginda dengan isu ‘Anak Jati’. Kesabaran TMJ untuk meneruskan visi serta matlamat pendek dan jangka panjang berjaya membuktikannya JDT sekarang seperti berada di liganya sendiri.

“Dulu Haters Sekarang Peminat Setia. Ini adalah salah satu keunikan TMJ yang ramai akui. Berani berdepan dengan haters beliau dan berbahas dengan segala fakta. Dan akhirnya semua orang baharu sedar dan faham segala tersirat lalu semuanya menjadi penyokong setia sekarang” –  Fikri Hashim, Kota Tinggi.

Di luar padang pula, TMJ terus membuat pelaburan prasarana dan kemudahan kepada pasukan. Baru-baru ini JDT memaklumkan bakal terbinanya Pusat Latihan terbaharu  bersaiz mega bersebelahan dengan Stadium Sultan Ibrahim. Pusat latihan terbaharu ini yang bakal menempatkan Padang Latihan Tertutup, 2 padang latihan dan fasiliti kelas dunia. Di sini akan dihimpunkan pasukan senior dan akademi dalam satu pusat latihan.

Jika kita fikir secara logik akal perlukah TMJ melakukan pelaburan dan perubahan ini sekarang?  Jika melihat situasi negara kita kini dan landskap pesaing-pesaing lain, JDT tidak perlu pun berbelanja sebegini.

Tetapi inilah TMJ, sentiasa berfikiran jauh mengatasi yang lain untuk memastikan JDT akan terus menjadi ikon dalam bolasepak Asia dan dunia. Walaupun ditakdirkan satu hari nanti baginda akan melepaskan tanggungjawab baginda di JDT untuk memberi fokus kepada tanggungjawab yang lain pula.

Keterujaan penyokong JDT tidak akan terhenti. Pemain-pemain akademi yang semakin memberikan hasil sedang menanti untuk mengintai peluang ke pasukan senior. JDT mengorak langkah awal dengan mengikat kontrak pemain-pemain sedia ada serta ketua jurulatih Benjamin Mora yang cukup serasi dengan corak JDT. Kehadiran pemain muda berpotensi seperti Daniel Amir dan kehadiran kembali Safawi Rasid selepas tempoh pinjaman beliau di luar ke JDT bakal menguatkan lagi JDT di masa depan.

Yang pasti, penyokong JDT akan terus teruja menanti setiap hasil hebat yang akan berlaku di JDT.

“TMJ serius ‘meremajakan’ pasukan JDT seperti rupa diri baginda yang semakin ‘muda’ sekarang.” – Salina Omar, Ampang.

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply