THE THREE AMIGOS – KAWAN LUAR DAN DALAM PADANG

 

The Three Amigos – Kawan Luar dan Dalam Padang

Pemain-pemain JDT akan memulakan latihan pra-musim mereka hari ini setelah menamatkan musim 2018 yang gemilang.

Latihan pra-musim ini sangat penting untuk mengembalikan kecergasan dan membentuk semula keserasian antara pemain. Ini penting kerana ia adalah elemen penting di dalam setiap perlawanan.

Sesi latihan ini bakal disertai oleh pemain luar negara yang baru ditandatangani. Agak sukar untuk pemain baharu ingin membentuk keserasian dengan cepat kerana mereka perlu mengadaptasi dengan zon waktu, cuaca, bahasa dan makanan di sini.

Namun melihat kepada akaun instagram Aaron Niguez, beliau dilihat sudah serasi dari hubungan karib beliau dengan Kiko dan Natxo Insa. Malah dua beradik Bohinguez ini dilihat menjemput sendiri ketibaan Niguez di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura.

Persahabatan ini akan menyebabkan Niguez mudah mengadaptasi dengan lebih cepat. Mereka sudah pasti sudah berbincang tentang makanan, cuaca dan juga corak permainan masing-masing.

Kebolehan Kiko Insa bertutur dalam Bahasa Melayu juga akan menjadi nilai tambah kepada Niguez untuk memahami beberapa perkataan penting ketika latihan. Ia juga memudahkan komunikasi beliau dengan pemain tempatan.

 

 

Keakraban diluar padang ini diharap dapat membentuk keserasian dalam padang dengan lebih cepat. Natxo dan Niguez akan bermain di barisan tengah dan ini pasti memberi khabar gembira kepada kem JDT jika keserasian mereka di luar padang dapat diterjemahkan di dalam padang.

Luaskan Kuasamu Johor.

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply