Terlalu teruja untuk diungkapkan dengan kata-kata. Itu yang boleh saya simpulkan. Tahun lepas bila sampai ke Stadium Camp Nou, Barcelona macam mimpi pun ada. Tapi kali ini sebab pergi menyokong kelab bolasepak sendiri, perasaan tu susah nak ungkap. Teruja!
Bayangkan anda bersama hampir seratus orang bangsa Johor, berada beribu batu jauh di negara orang, kesejukan di dalam Stadium berkelas dunia, hanya untuk menyokong JDT. Ketepikan wang ringgit yang dibelanjakan, ini orang barat kata, “Passion!”.
Mentaliti penyokong bolasepak Jepun? Jauh lebih bagus daripada penyokong bolasepak di Malaysia. Maaf cakap. Sampai awal di Stadium ini, saya ingin ke bahagian penyokong tuan rumah untuk melihat ‘culture’ mereka dan mengambil gambar kenangan. Dengan penuh rasa hormat dan tertib, marshal yang menjaga menghalang kami untuk ke seksyen tersebut. Kelihatan dari jauh, penyokong tuan rumah beratur elok di dalam barisan, walaupun perlawanan bermula dalam masa 4 jam lagi.
Kelainannya di Jepun adalah, apa yang pemain pakai, itu juga yang boleh dipakai oleh penyokong. Ini termasuklah jersi, jaket, sarung tangan dan sebagainya. Berbeza di JDT, apa yang pemain pakai adalah barang ‘rare’. Hak kelab untuk bertindak sedemikian rupa. Tapi ingat, kami penyokong kadang menjadikan pemain sebagai idola. Apa mereka pakai, kami juga mahu pakai.
Tiba masa perlawanan, sesi pengenalan pemain Kashima divideokan dalam bentuk ‘anime’ di mana ia sangat terkenal. Kreatif. Kelihatan setiap penyokong memegang bunting kelab Kashima Antlers, dan penyokong tegar mereka berada dalam kuantiti yang sangat ramai!
Yang membuatkan saya ‘Wow’ adalah, apabila budak milo / pengutip bola masuk ke tengah padang. Mereka akan pusing mengadap semua penonton di setiap penjuru, dan selepas itu mereka tunduk hormat kepada semua penonton. Tindakan sama yang dilakukan oleh pemain Kashima Antlers semasa sesi memanaskan badan. Mereka berbaris masuk ke dalam padang, mereka akan pusing setiap penjuru dan tunduk hormat kepada semua penonton sebelum memulakan sesi panas badan. Salut! ??
Antara pengalaman yang paling saya tidak boleh lupa, ketika JDT menjaringkan gol, hampir seluruh stadium terdiam kaku, dan hanya kami sahaja penyokong JDT yang bersorak keriangan. Ya, mereka seolah tidak percaya kelab kerdil seperti JDT mampu memberi tentangan kepada juara bertahan Liga Juara Juara Asia 2018. Terbaik!
Orang barat ungkap, “It was priceless!”. Terima kasih Kashima Antlers. Terima kasih atas pengalaman berharga ini. Termaktub sebuah lagi stadium dalam wishlist hidup saya. Semoga dikurniakan peluang untuk ke sini lagi.
Terima Kasih Kashima Antlers
p/s : Waktu ini cuaca sangat sejuk. Beranikan diri buka sweater, hanya untuk bergambar dengan jersi JDT.
#fkjourney #fktravel #fkjapan2019 #jdt #theafccl #acl2019 #kashima #japan #page64 #05032019
Sumber FB: Farkhan Khair
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.