TANGGAL 19 OKTOBER 2019 – ON X ON?

Kurang 24 jam lagi JDT bakal turun ke padang bertemu Selangor di Stadium Larkin.  Perlawanan yang bakal menjanjikan perlawanan sengit dan getir bagi pemain dan penyokong sendiri.

Ada dua matlamat, pertama kemenangan besar buat JDT untuk bekalan di tempat lawan dan memberi memori kenangan terindah buat penyokong yang hadir buat kali terakhir di Larkin musim ini.

Perlawanan bertemu Selangor, pasukan yang membawa sejarah pasukan paling banyak kali menang Piala Malaysia bakal memberi tugas amat sukar buat JDT jika diambil tidak serius oleh pemain dan penyokong JDT sendiri.

Buat para penyokong Harimau Selatan sendiri, inilah masanya untuk kita berkumpul kembali di Stadium Larkin. Di sini lah lahirnya cinta JDT. Di sinilah kita sama-sama ketawa dan menangis sejak awal 2013 dahulu. JDT bakal meninggalkan Larkin untuk berpindah ke stadium baharu untuk membawa dan membina legasi JDT yang berterusan.

Tanggal 19 October 2019 malam esok harus dijadikan kenangan terbaik buat semua penyokong yang hadir malam esok. Abadikan kenangan anda semua nanti. Ya, mungkin Larkin tidak akan terus terpinggir selepas ini kerana ada banyak perancangan yang telah disediakan oleh pengurusan tetapi Larkin pasti akan merindui hiruk pekik sokongan hebat anda selama ini.

Kepada penyokong semua, jangan lupa berikan sokongan paling padu kepada semua pemain di atas padang.

Kepada pemain sila berikan kualiti permainan terbaik kamu semua untuk membalas segala pengorbanan penyokong dan yang paling pasti membalas jasa DYAM Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Raja yang selama ini berhabisan untuk anda semua di Larkin.

Terima kasih di atas kenangan anda selama ini.

Jumpa anda semua esok!

HS

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply