TAHNIAH PENYOKONG JDT. ANDA SEMEMANGNYA HEBAT!

Tiket perlawanan separuh akhir kedua TM Piala Malaysia antara JDT dan Terengganu laku keras seperti pisang goreng panas apabila ianya ‘sold out’ dalam masa kurang 7 jam dari masa jualan.

Sejak penonton dibenarkan hadir semula ke stadium, penyokong JDT tidak menunggu lama untuk kembali ke Stadium Sultan Ibrahim dengan tiga perlawanan menyaksikan jumlah penonton yang ramai.

Ketika bertemu Sabah, lebih 8,000 penyokong hadir atas rasa kerinduan yang teramat sangat kepada aksi bola sepak secara langsung di stadium. Para pemain juga dilihat lebih bersemangat dengan sokongan yang diberikan.

Suku akhir kedua TM Piala Malaysia menentang Kedah menyaksikan 16,209 penyokong hadir dan bergembira apabila gol Arif Aiman membawa JDT ke peringkat separuh akhir.

Apa yang menarik perhatian pada aksi separuh akhir ini adalah belum pun perlawanan separuh akhir pertama berlangsung, tiket sudah pun habis dijual.

Ini membuktikan penyokong JDT tidak menunggu keputusan perlawanan pertama dan yakin dengan kemampuan anak buah Benjamin Mora untuk menyerap asakan Terengganu di tempat lawan.

Walau apa pun keputusan, penyokong JDT sudah bersedia untuk memberikan sokongan padu kepada para pemain dan semua tahu bagaimana sorakan penyokong Harimau Selatan mampu menghadirkan gerun kepada pasukan pelawat.

Budak belakang tiang gol, Boys Of Straits pastinya akan menggamatkan suasana stadium dengan ‘chant-chant’ berhantu yang mampu menaikkan bulu roma yang menekan emosi lawan.

Semuanya bagai tidak sabar menunggu aksi pada 26 November ini. Sama-sama kita doakan kejayaan Harimau Selatan di Kuala Terengganu malam ini.

Buat penyokong JDT, tahniah anda sememangnya hebat. Sila pastikan anda datang awal serta patuhi segala arahan dan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Dukungan anda pasti akan mencetuskan gemilang buat JDT

Pesanan kepada para penyokong setia, kesesakan itu perkara biasa dalam mana-mana acara keramaian termasuk solat Jumaat. Selamat menyokong dan kita jaga kita. Luaskan Kuasamu Johor.

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply