Baru-baru ini di sebuah portal antarabangsa sewaktu sesi temu bual baginda telah menyatakan cinta baginda kepada hobi bermain Polo. Namun begitu jika diberi pilihan, baginda memilih bolasepak sebagai sukan yang paling memuaskan hati baginda kerana melalui bolasepak baginda dapat melihat rakyat Johor gembira apabila kemenangan milik kelab JDT.
Kejujuran Yang Disalah Erti
Sudah menjadi sisi diri baginda yang sentiasa bercakap terus terang dalam berkomunikasi. Kadangkala mengundang rasa tidak selesa bagi halwa telinga semua orang termasuk rakyat Johor sendiri. Saya sendiri antara penyokong JDT yang berpeluang mengikuti revolusi baginda di JDT sejak awal kadangkala agak lambat memahami apa maksud di sebalik yang tersurat setiap patah kata baginda. Tetapi setiap persoalan pasti terjawab dengan fakta yang jelas di setiap sesi perjumpaan baginda bersama dengan penyokong.
Fakta Dan Sumber Tanpa Limitasi
Baru-baru ini saya ada mendengar seorang individu di laman sosial yang mengatakan,
“Kita jangan memperlekehkan Institusi Raja-Raja kita. Jangan memperlecehkan Institusi ini. Kita nampak mereka diam, tidak bermaksud mereka tidak ambil tahu dengan apa yang berlaku di dalam negara kita. Mereka mempunya kuasa dan sumber untuk mengambil tahu. Mereka bukan berasal dari latar belakang yang biasa-biasa. Latar belakang pendidikan yang tinggi serta mempunyai hubungan antarabangsa yang lebih meluas ke seluruh dunia..”
Ada betulnya apa yang dikata. Di samping pemilik kelab bolasepak, kita kadang-kadang lupa yang DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim juga adalah seorang pewaris tahta kerajaan. Bakal Sultan di negeri saya!
Mustahil bagi baginda untuk membuat keputusan di dalam bolasepak tanpa mendengar serta mendapatkan fakta dan statitik dari setiap sumber.
Emosi penyokong di dalam bolasepak memang kadangkala susah dijangka. Tetapi jika mahu melawan dan menyindir, gunakanlah dengan fakta jelas dan bukan fakta emosi untuk meraih sokongan penyokong segera walaupun baru beberapa hari memegang tampuk persatuan.
Johor is Blessed!
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim adalah umpama duta negeri Johor. Walaupun secara protokolnya tugas-tugas untuk mempromosi dan memasarkan produk perlancongan & ekonomi adalah amanah kerajaan negeri dan persekutuan. Jika anda ada mengikuti laman sosial baginda di IG @hrhrownprinceofjohor pasti akan dapat melihat keindahan dan betapa indahnya laut serta pulau-pulau di negeri Johor. Sampai kadang-kadang pernah terlintas di fikiran benarkah ianya berada di negeri Johor!
Bayangkan baginda yang mempunyai kenalan serta tokoh-tokoh sukan antarabangsa melihat betapa indahnya negeri Johor yang selama ini mungkin tidak pernah tahu pun Johor ini wujud walaupun negara maju Singapura berada bersebelahan dengan kita sahaja!
Sesi Belajar Tanpa Berhenti
Saya pernah melihat sendiri secara dekat ketika JDT baru mula nak bertatih kembali di dunia bolasepak tempatan. Pernah merasai bumbung bocor pusat latihan JDT di Padang Seri Gelam. Bagaimana beraninya baginda melaburkan sebegitu banyak wang membawa masuk Daniel Guiza, Del Nero, Pablo Aimar dan Luciano Figuerora. Pemain-pemain yang pernah bermain di peringkat dunia.
Baginda membawa masuk pemain-pemain bintang tempatan ketika itu seperti Safiq Rahim, Safee Sali, Mahali Jasuli, Aidil dan Zaquan ke JDT ketika di awal revolusi.
Di awalnya memang JDT tidak dapat merasai kemenangan tetapi baginda jadikan kegagalan itu sebagai titik tolak mengenal lebih dekat apa itu bolasepak dan belajar berhadapan dengan tingkah laku pemain itu sendiri. Semuanya bukan mudah!
Mendengar Dan Buka Jalan
Imbas kembali bagaimana sesak dan padatnya penyokong ke Stadium Larkin. Sesi perjumpaan di antara penyokong dan pengurusan malah dengan TMJ sendiri kerap dilakukan. Setiap rintihan dan aduan satu persatu di ambil nilai untuk diubah. Jiwa anak raja yang pasti resah mendengar keluh kesah rakyat sendiri.
Tidak pernah terlintas rasanya ketika itu JDT memiliki stadium gah sekarang, Stadium Sultan Ibrahim. Keluhan penyokong sendiri selama ini yang salah satu punca lahirnya Stadium Sultan Ibrahim ini. Baginda bekerja keras mencari jalan dan penaja untuk menzahirkan stadium hebat ini.
Namun begitu kesusutan kehadiran penyokong ke stadium menghadirkan rasa sedikit kecewa baginda pada awalnya. Adakah penyokong sudah terlalu selesa atau sudah ambil sikap JDT pasti menang untuk tidak hadir ke stadium untuk menyokong.
Namun begitu hidup perlu diteruskan di mana TMJ terus mengorak langkah menjual JDT ke serata dunia. Tidak mahu toleh ke belakang lagi kerana JDT ini perlu di jaga demi anak cucu kita nanti.
JDT Milik Semua
JDT bukan hak milik persendirian tetapi mahu dikongsi bersama dengan semua rakyat. Di situlah hadirnya idea penubuhan Yayasan JDT. Idea penubuhan Yayasan JDT hadir ketika di sesi perjumpaan baginda dan penyokong JDT sendiri ketika itu. Saya ada ketika itu. Konsepnya ketika itu baginda mahu penyokong sama-sama boleh menyumbang kepada kelangsungan JDT itu sendiri.
Disamping JDT bergantung kepada pelabur-pelabur komersial dan korporat TMJ turut mahu penyokong JDT sendiri sama-sama boleh menyumbang. Alhamdulillah Yayasan JDT sudah boleh bergerak dengan sendirinya sekarang secara professional dan berintegriti.
Sekarang ini penyokong JDT sedang teruja dengan idea #1billion JDT. Target sasaran nilai kelab bakal mencecah 1bilion dalam tempoh 2 tahun. Idea ini telah dizahirkan 6 bulan lepas namun isu pandemik Covid 19 bakal sedikit sebanyak bakal memberi sedikit impak. Namun begitu kita percaya dengan ketokohan baginda ianya tidak mustahil boleh dicapai dengan mempunyai pasukan dan idealis hebat.
Luaskan Kuasamu Johor!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.