SESI SANTAI TMJ BERSAMA PENYOKONG DI JDT CAFÉ
Skuad JDT?
- Kita ada fasiliti dan kualiti permainan atas padang yang terbaik.
- Tetapi tahukah anda kita juga mempunyai ‘problem’ yang paling banyak seperti karakter dan pemikiran pemain dalam pasukan.
- Namun begitu ini semua adalah asam garam dalam semua pasukan bolasepak di dunia. Kita juga tidak dapat lari.
“Saya akui saya individu yang banyak buat silap, sejak 2013 lagi. Sudah terantuk baru terngadah..”
- Saya akan ambil sepenuh tanggungjawab
- Pasukan yang kita ada sekarang kita akan teruskan sehingga sesi perpindahan pemain baru dibuka dalam bulan 5 nanti.
- Saya tidak risau kerana JDT adalah satu pasukan besar.
- Macam biasa apa jua yang terjadi di sini akan menjadi bahan untuk semua besarkan walaupun banyak pasukan lain yang turut alami masalah.. (saya tahu).
- Pemain bakal mempunyai perubahan. Tetapi saya tidak akan menerangkan secara mendalam kerana saya perlu menjaga keharmonian dan semangat pemain sekarang.
- Apa yang bagus dalam hidup ini adalah apabila kita buat silap kita berpeluang untuk betulkan balik. Dan peluang itu akan hadir Mei nanti.
“Saya akan keluar daripada FAM..hanya bila…”
- Selepas saya membantu pasukan-pasukan dalam negara dapat sumber kewangan mereka.
- Saya bekerja sekarang untuk memperjuangkan hak-hak penyiaran dan mengembalikan keyakinan penaja untuk datang membantu.
- Apa yang merisaukan jika saya keluar nanti adalah nasib bolasepak tempatan kita. Akan kembali kepada masalah-masalah dulu. Sebelum saya masuk FAM.
- Tetapi kemungkinan akan terus kekal di FMLLP kerana ada sebilangan penaja-penaja yang mahukan hanya saya yang terus mentadbir ketelusan kewangan liga.
“Johor adalah di mana hati saya berada..”
- Kasih sayang, passion , semangat semuanya untuk negeri Johor.
- Saya masih pemilik JDT
- Projek JDT masih belum lengkap, sekarang baru 40-50%.
“Kehilangan Ulisses Morais adalah satu kehilangan besar kepada JDT..”
- Beliau adalah paling sesuai kepada falsafah dan polisi JDT.
- Namun begitu saya amat berpuas hati dengan Raul. Pemain-pemain juga selesa dengan beliau.
- Tidak akan ada jurulatih baru.
Status JDTII
- Struktur JDT meletakkan JDTII adalah sebagai pasukan ‘reserve team’.
- Sebagai membantu pasukan utama JDT.
- JDTII tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk ramai pemain import kerana tujuan kita adalah untuk pemain tempatan di JDTII.
- Namun kita tetap akan berbelanja ke atas pasukan JDTII kerana nanti setiap pasukan Liga Super dan Liga Perdana bakal menerima dana daripada FAM tidak lama lagi.
Status Lucho
Buat masa ini Lucho masih pemain import kita.
“Saya nak ‘membazir’ lepas ni..”
- Saya silap bila buat keputusan untuk merendah diri dan berjimat cermat tahun ini. Beli pemain-pemain lama yang kononnya bakal mudah untuk buat pasukan.
- Penyakit baru saya sekarang adalah saya nak ‘membazir’.
- Oleh itu saya dah sediakan dana untuk membawa masuk pemain yang hebat.
- Saya nak beli pemain mahal.
- Buat masa ini ada 5 pemain import dalam short list kita.
- Saya tak suka kalah. Tak kena dengan jiwa kita.
Isu pemecatan Fernando?
- Beliau datang ke JDT bersama dengan bekas jurulatih Cesar.
- Apabila jurulatih bertukar beliau risau akan kedudukan dirinya dalam pasukan dan mula rapat dengan pemain-pemain import.
- Menimbulkan suasana tak seronok antara pemain import dan jurulatih
- Selepas diberikan amaran sebelum ini beliau masih tidak berubah.
“Saya sekarang dah berubah.. dah semakin cool bila kalah. Semenjak dah ada anak 2 ni.. Tak macam dulu..”
Status isu denda FMLLP
- Setiap pasukan terbabit kena buat rayuan.
- Tetapi denda tetap kena denda sebagai pengajaran.
Apa yang buat TMJ pelik?
- Misteri yang melanda JDT
- Awal musim mesti ada ‘drama’ dan yang tak best.
- Tahun ini adalah persiapan JDT yang paling sempurna tetapi masih ada yang tak kena sekarang.
- Pasukan lain bila lawan JDT akan jadi sangat kuat. Semangat lain macam. Akan bagi 110% bila lawan JDT.
- Bolasepak ini satu misteri. Apa-apa boleh jadi.
“Kita tidak boleh takut dengan kegagalan tetapi kita mesti benci dengan kegagalan..”
Kontrak pemain JDT – ‘unik’?
- Kontrak antara pemain dan pasukan adalah terbaik kerana ada clause tentang ‘Code of Etique’
- Kita perlu jadi seperti pasukan Juventus atau pasukan Bayern Munich kerana kita perlu dominan dan bukan hanya sebagai pasukan yang bertanding sahaja..
“Terima kasih kepada DYMM Tuanku Sultan Johor yang sentiasa membantu pasukan JDT..”
TMJ kesal?
- Terima kembali Diaz.
- Pada awalnya saya ingat kelakuan beliau diluar padang tidak perlu diambil kira asalkan beliau hebat di padang, tetapi..
- Apabila dia ada di sini keharmonian dalam pasukan jadi tidak berapa baik.
- Tapi saya ambil dia dulu pun sebab penyokong yang mahu.
Nasihat TMJ tentang isu ‘page-page troll’
- Penyokong kita jangan baca dan jangan layan.
- TMJ dah bagi taklimat dan nasihat kepada pasukan JDT agar jangan layan media sosial kerana sedikit sebanyak bakal mengganggu tumpuan.
- TMJ tidak suka layan kerana lebih suka tumpukan kepada keluarga dan rakyat negeri
‘’Biarlah kita menangis sekarang tetapi Disember nanti kita gembira”
Saya tahu JDT sekarang tengah susah, saya tahu JDT sedang berhempas pulas, Saya tahu JDT tengah bersedih. Tetapi saya tahu November nanti kita akan bermain bunga api..
Potensi pasukan JDT adalah amat besar. Pasukan JDT tidak akan mati kerana kita mempunyai cita-cita besar dan asas yang kuat.
”Every champion was once a contender that refused to give up!..”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.