SAYA KAGUM DAN TAHNIAH THAILAND – TMJ

Pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim sebentar tadi telah menaikkan status di akaun instagram peribadi baginda tentang keterujaan baginda melihat perubahan ke atas arena bolasepak Thailand. Seperti sedia maklum baginda sekarang sedang berada di Thailand untuk mengikuti kelab JDT yang sedang bermain beberapa perlawanan antarabangsa di sana.

“Mentaliti begini yang kita mahukan. Di dalam bolasepak, kita gunakan dan belanjakan perbelanjaan kita ke tempat yang betul”

Sejak TMJ mengambil alih JDT dahulu lagi, baginda turut mengambi langkah yang sama. Baginda bermula dengan mengimport pemain-pemain kelas dunia bermain di JDT. Malah hingga kini baginda terus menggerakkan kelab dengan menaikkan tahap kemudahan dan fasiliti pasukan.

Sejak awal lagi baginda cuba untuk memperjuangkan dan cuba untuk membetullkan kelemahan-kelemahan dalam bolasepak Malaysia seperti kualiti pengadilan dan memperjuangkan kewangan pasukan-pasukan di Malaysia. Selepas itu terserah kepada pasukan masing-masing untuk mengawal dan membelanjakan belanjawan masing-masing.

Baginda berharap satu hari nanti semua pasukan di Malaysia turut berpeluang dan mengambil langkah yang sama demi bolasepak Malaysia.

Luaskan Kuasamu Johor

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply