Kemajuan pantas Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) pada hari ini adalah hasil perancangan gerak kerja yang dilakukan secara terperinci.
Segalanya dilakukan dengan teliti meliputi penerapan tujuan dan sasaran, penyusunan strategi, pelaksanaan program, dan fokus kegiatan serta implementasi yang harus dilaksanakan olah setiap unit dalam organisasi.
DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja sentiasa memantau rapi supaya tiada berlaku ketirisan pengurusan dana, isu-isu integriti, birokrasi dan kronisme.
Baginda membuktikan bahawa dengan pembersihan secara total dalam sesebuah organisasi dapat memajukan sesebuah kelab.
Selain itu, JDT adalah modul terbaik sebagai sebuah kelab yang berjaya menarik minat penaja besar dan pelabur. Strategi dan dasar kearah misi spektakular penilaian RM 1billion yang telah dirangka oleh DYAM Tunku Mahkota Ismail antara faktor utama dalam mendapat perhatian syarikat-syarikat mega multi nasional dalam dan luar negara.
Dengan kejayaan menarik minat syarikat-syarikat gergasi ini, nilai komersial jenama JDT semakin melonjak.
Stadium Sultan Ibrahim Lambang Kegemilangan
Seperti yang diketahui umum, Stadium Sultan Ibrahim akhirnya dibuka secara rasmi pada tarikh 22 Februari 2020 dan bakal menjadi gelanggang baharu Harimau Selatan yang membawa reputasi sebagai kelab yang merangkul enam kali kejuaraan berturut-turut sejak tahun 2014.
Pada tarikh tersebut, bermulalah era dan sejarah terbaharu bagi pengurusan, pemain dan penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) secara khususnya.
Para penyokong Merah Biru seharusnya tidak ketinggalan bertandang serta menikmati aura sang juara dan atmosfera stadium baharu Harimau Selatan. Semestinya ianya akan menjanjikan fenomena luar biasa malah menjanjikan pengalaman baharu bagi mereka kelak.
Akhir kata, bersyukur kepada tuhan, JDT beruntung kerana mempunyai seorang tokoh yang hebat di dalam organisasi ini. DYAM Tunku Mahkota Ismail mempunyai ciri-ciri kualitatif seorang pemimpin yang amat menakjubkan dalam memastikan Harimau Selatan terus mendaki menuju mercu kejayaan yang realiti dan fantastik.
“Dalam kehidupan ini ia bergantung bagaimana kita melihat situasi atau sesuatu perkara. Kita ada pilihan untuk berada dalam sikap negatif atau sikap yang positif. Yang penting, kami berada dalam landasan yang betul. Sebelum kita ingin mempertikaikan atau mempersoalkan sesuatu kejayaan dan pencapaian orang lain, kita harus cermin diri kita dahulu dan lihat di mana kedudukan kita sebelum kita membuka mulut”-DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.