PREDIKSI TUJUH APRIL DUA RIBU LAPAN BELAS

 

Masih ingat tak cerita dua tahun lepas? Berlaku pada Tujuh April dua ribu lapan belas? Satu kenyataan di halaman rasmi Harimau Selatan sehingga kini masih berbekas. Iaitu sebuah pandangan dan nasihat dari DYAM Tunku Mahkota Johor terkumulatif dalam kenyataan berperenggan lima belas.

Rasionalnya, ianya adalah satu nasihat yang tiada berniat serong. Nawaitu mengingatkan rakyat supaya tidak jauh terpesong. Tenggelam dalam amarah yang tidak mampu dibendung. Hingga membuat keputusan yang salah dalam memilih perisai pelindung.

Jangan tukar kapal jika enjin masih berfungsi dengan baik. Jangan menukar nakhoda kapal tetapi benarkan sultan saya dan saya membimbing nakhoda tersebut demi anda. Ubah dan pertingkatkan apa yang perlu diubah dan apa yang perlu dipertingkatkan untuk negeri dan negara yang tercinta.”- DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Ungkapan dari Tunku ini menjadi tular. Ada yang ketawa malah ada yang menyelar. Nasihat ini tidak didengar oleh kebanyakan rakyat. Maka dituduh baginda mahu mencampuri keputusan rakyat yang sudah muktamad.

Jauh disudut hati Tunku dalam setiap perkataan ditutur. Segala diungkapkan hanyalah untuk melihat perjalanan kehidupan rakyat supaya teratur. Disamping berkongsi pandangan dan inisiatif apa yang terbaik buat masa hadapan negeri Johor. Juga mahu agenda kedaulatan negeri Johor dan kesejahteraan rakyat sentiasa muafakat serta makmur.

 

Itu adalah sifat azali Tunku. Bukan dibuat-buat mengikut peredaran waktu. Pada baginda rakyat itu adalah nombor satu. Memang ditanam dalam jiwa dari kecil hingga sebati menjadi jitu.

Masa berlalu”

Dalam memakan masa hanya tidak sampai setahun dalam pemerintahan. Segala ungkapan Tunku sudah nampak segala kebenaran. Pelindung yang dipilih rupanya hanya memakai topeng menutup hidung berbelang.

Sedikit demi sedikit tersingkap segala perancangan yang semakin curang. Namun baginda tidak berkecil hati kepada rakyat, apatah lagi menyimpan rasa dendam didalam hati. Lalu kepada rakyat baginda telah berjanji, tidak sesekali membiarkan tanah ini terus dikhianati. Itulah jati diri baginda yang subur sejati. Disemadi dalam jiwa dan tidak sesekali akan mati.

Ingatlah wahai rakyat Johor yang saya kasihi sekalian. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Selagi rakyat Johor bersatu bersama-sama dengan kepimpinan DYMM Sultan Johor termasuk saya, pelbagai perkara yang kita mahukan boleh dicapai untuk masa hadapan anak cucu cicit kita. Jangan kita berpecah belah dan mudah dipermainkan dengan anasir-anasir luar yang mahu menghancurkan kedaulatan negeri ini”-DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Didikan awal”

Sebenarnya, sejak kecil Tunku sudah dididik oleh Almarhum, Tuanku Sultan serta Pemaisuri dengan prinsip dan displin, malahan menjadi tradisi untuk putera sulung keluarga DiRaja Johor menjalani latihan ketenteraan supaya lahir unggulnya karisma seorang pemimpin.

Paling dikenang dalam naratif coretan sejarah tanah bertuah Negeri Johor, apabila Tunku telah mula menunjukkan sifat kepimpinan paling tersohor. Tunku muncul sebagai warga asing pertama untuk mengetuai Angkatan Tentera Republik India, di Hari Kebangsaan India disaksikan Presidennya Dr. A.P.J. Abdul Kalam dan juga Vladamir Putin Presiden Russia.

Di sisi lain dalam diri Tunku pula, Tunku amat mencintai bola sepak, setelah keputusan mengambil alih organisasi bolasepak Johor yang lama bergolak, sifat kepimpinan unggul menjadi alteratif penawar mutlak. Prinsip, displin dan falsafah dalam ketenteraan telah Tunku akumulatif, supaya kompulsif sebuah organisasi yang sekian lama selesa pasif.

Penyambung legasi”

Tunku adalah penyambung legasi Sultan Sir Abu Bakar, objektif perpaduan rakyat kini sudah kuat berakar pracanda, tunjangnya cukup bertahan untuk badai sehebat katrina, cukup kebal walau gempa bumi ardabil datang melanda.

Kejayaan konsep Bangsa Johor ini adalah satu kejayaan yang memberangsangkan, lebih awal dari konsep penyatuan satu Malaysia yang dahulu kala pernah dicanangkan, sejak azali di tanah ini tiada siapa berani memagut, silap caturan diri sendiri bakal terjerut, tanah ini bukan lubuk memeras ugut, perpaduan bangsa ini bukan mudah untuk diragut.

 

Akhir kalam, bagai Galatic bulge tanah ini di pagari bintang, rakyat Jauhar sedia jadi hulubalang. Tidak akan kami biarkan perkara ini jadi berulang. Akan bersama-sama Tunku menjadikan tanah ini sentiasa dipandang terbilang.

Minta maaf, saya percaya artikel ini akan menggangu kelompok yang mendengar nama Tunku mereka traumatik. Pastinya macam castle bravo ianya meledak automatik. Namun pengajaran ini perlu juga dirungkaikan kembali. Supaya ianya tidak akan berulang buat sekian kali.

Kesimpulannya, kisah “Tujuh April” adalah loceng yang telah mengejutkan kita. Supaya tidak terlalu percaya dengan politikus yang hampir buat kita berputih mata.

Inilah panji yang kepadanya saya setia berkhidmat, inilah panji yang saya pertahankan, dan deminya saya sanggup berkorban. Menjadi satu keistimewaan dan penghormatan saya berbakti kepada mu bangsa Johor, anda tidak berseorangan. Allah peliharakan Sultan” – DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Artistik dari manusia satu denyut

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply