PKNP FC MAHU PASTIKAN MALAM ESOK MALAM TERAKHIR JDT BERMAIN DI LARKIN

Di atas kertas ternyata JDT terlalu gah dan hebat reputasinya. Sekian hari laman sosial rasmi JDT memberikan informasi terkini tentang penambahbaikan frasana dan teknologi paling hadapan di negara ini.

Di atas kertas juga JDT agak mustahil untuk ditewaskan di Larkin. Tetapi itu cerita dahulu. PKNP FC tahu Larkin bukan lagi mempunyai tembok yang utuh seperti dahulu. Sorakan pemain ke 12 di Larkin yang selama ini menjadi nadi semangat tambahan pemain semakin perlahan.

Malam esok jika penyokong-penyokong JDT masih lagi ambil sikap tidak apa tentang Piala Malaysia,  JDT bakal menjadi mangsa di tangan pasukan berstatus kelab ini. PJ City sudah membuktikan sebelum ini. Sikap sambil lewa pemain dan tidak serius penyokong bakal menghukum Larkin lagi.

Lagi parah jika malam esok adalah perlawanan terakhir JDT di Larkin tahun ini. Baki kempen Piala Malaysia peringkat kumpulan JDT semuanya di tempat lawan. Bakal bertemu lawan yang kental PJ City di MPPJ pada 13 Sept dan pasukan yang pernah mengejutkan JDTII sebelum ini, UITM FC di Stadium UITM nanti pada 17 Sept.

Kepada penyokong JDT –  Tepuk dada tanya diri sendiri, sama ada mahu terus membiarkan stadium berusia hampir separuh dekad ini mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong dalam suasana kekalahan atau sebaliknya.

Tidak kiralah kita dalam berfikiran setuju atau tidak dengan setiap tindakan kelab, malam esok marilah kita hadir sama-sama memenuhi kembali setiap ruang Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos, LARKIN.

“I LOVE YOU 8 THOUSAND..”

 

Foto: Ezreen Abd Talip

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply