Jika 28 tahun dahulu rakyat Malaysia teruja dengan Wawasan 2020 yang bakal menjengah lebih kurang 2 bulan lagi, ternyata penyokong JDT lebih tidak sabar dengan angka 2020 ini. Jika dahulu kita menjangkakan 2020 bakal penuh dengan kereta terbang tetapi di JDT dijangka terus terbang tinggi lagi di 2020.
Rekod 8 piala kemenangan buat JDT pada tahun 2019 membolehkan JDT melangkah bangga melangkah masuk ke tahun 2020 nanti.
“Di luar kita boleh menghormati satu sama lain, tetapi di dalam permainan kita akan bersaing.”
Namun begitu pemilik JDT, DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim Pemangku Raja sudah mengingatkan kepada penyokong-penyokong JDT baru-baru in bahawa di 2020 nanti JDT bakal mengekalkan apa yang ada di 2019. Tahun depan JDT akan lebih fokus untuk frasarana di Stadium Sultan Ibrahim. Kemungkinan untuk melihat beberapa pemain-pemain baharu hanya di 2021.
“Sehinggakan saya sendiri seperti tidak percaya stadium seperti ini (Stadium Sultan Ibrahim) boleh ada di Johor..”
Adakah angka 2020 bakal membuka lembaran baharu buat JDT mencipta lebih banyak kemenangan lagi? Kita tunggu. Sejarah JDT di bawah revolusi TMJ hanya bermula pada 2013. Jika kita lihat aksi wira-wira JDT di Final Piala Malaysia tempohari bukti DNA JDT sudah berada di kelas tersendiri.
Dengan barisan pasukan-pasukan remaja JDT yang sudah menunjukkan hasil luar biasa tahun ini bakal membuatkan pemain-pemain senior perlu berada di tahap terbaik atau kedudukan di skuad utama bakal tergugat.
Kepada penyokong-penyokong JDT pula menuntut kesetiaan dan sokongan penuh kita semua di stadium baharu nanti. TMJ dan JDT sudah lakukan macam-macam untuk kita dan sudah pasti inilah masa untuk kita balas segalanya.
Luaskan Kuasamu Johor.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.