MALAYSIA JUARA AFF U19: LANGKAH KANAN ‘REGU’ TOK MIDIN & TMJ

MALAYSIA JUARA AFF U19: LANGKAH KANAN ‘REGU’ TOK MIDIN & TMJ

“Kredit harus diberikan kepada pemain, ketua jurulatih Bojan Hodak, Naib Presiden FAM Dato Abd Ghani dan tidak dilupakan kepada Mantan Presiden FAM, DYAM Tunku  Mahkota Johor. Perancangan baginda yang telah melantik Bojan Hodak, Datuk Ong Kim Swee (jurulatih B-23) dan  Tan Cheng Hoe (skuad senior)”  sebelum ini..- Dato Hj Hamidin Hj  Mohd Amin – Presiden FAM 2018-2021

Belum sampai 24 jam, Dato Hj Hamidin memegang jawatan sebagai presiden baharu FAM sinar masa depan bolasepak negara nampak positif. Dan belum sampai 24 jam juga Tok Midin memegang jawatan FAM sudah ada suara kurang enak yang masih kritik dan terus kritik walaupun Presiden baharu belum masuk pejabat baharu beliau lagi.

 

Sebelum terus terlupa baik kita imbas kembali usaha dan inisiatif mantan Presiden FAM, DYAM Tunku Mahkota Johor sebelum ini:

  1. Meningkatkan nilai komersial dan konfiden penaja Liga M – Menarik masuk penaja besar seperti TM, Shopee dan Iflix
  2. Meningkatkan geran tahunan – Daripada RM1 juta kepada RM3 juta untuk membantu masalah kewangan-kewangan pasukan bertanding.
  3. Menjalin kerjasama dengan La Liga – MOU di antara TMJ dan Pengarah Pembangunan Antarabangsa La Liga, Oscar Mayo Pardo untuk membantu membina blueprint 50 tahun bolasepak Malaysia.
  4. Menghantar Ong Kim Swee dan Brad Maloney ke Sepanyol – Berguru di Atletico Madrid
  5. Merombak staff FAM -Mengecilkan saiz staff kejurulatihan dan pentadbiran FAM sebagai langkah penjimatan dan kawalan kewangan FAM
  6. Pencetus kejayaan pasukan bawah 23 tahun negara di bawah kendalian OKS dan berjaya layak ke akhir Sukan SEA.
  7. Mengetatkan proses pemberian ‘club licensing’ kepada pasukan bertanding untuk memastikan setiap pasukan patuh dan berdisiplin dengan undang-undang FAM.
  8. Membuka pintu kepada pasukan komuniti melalui Liga M4 & M5
  9. Memperkenalkan platform berkomunikasi lebih telus dan terbuka. –  Penyokong bolasepak dan pengurusan diberi peluang untuk berdiskusi secara berdepan demi bolasepak negara.

Oleh itu, kejayaan dan kecemerlangan bukan hanya berpandukan kepada nilai statistik kemenangan dan ranking, tetapi harus juga dinilai kepada setiap usaha dan inisiatif untuk memastikan kejayaan itu kekal untuk jangka masa yang panjang.

“The highest forms of ignorance is when you reject something you don’t know anything about..”  

(Kredit: www.football-tribe.com)

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply