MALAM INI – 19 JULAI 2019, BAKAL MALAM PENUH MEMORI LARKIN

Malam ini adalah perlawanan terakhir Liga Super Johor Darul Ta’zim. Perlawanan terakhir Liga Super Malaysia 2019 JDT di stadium keramat Larkin.

Sejak pasukan JDT mula direvolusikan oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim, cubaan pertama kita gagal di 2013.  Namun begitu dengan ketokohan dan jati diri seorang Mejar jeneral di medan peperangan baginda tidak mungkin mahu melihat kita terus kalah di medan peperangan.

Tanpa menoleh kebelakang, nah.. 6 tahun Piala Liga Super masih kekal di Larkin. Tetapi malam ini Larkin bakal memadamkan lampu terakhir buat Liga Super Malaysia. Tahun depan kita kejar Kejuaraan Liga Super 7 di rumah baharu, Stadium Sultan Ibrahim.

Revolusi ke arah lebih baik dan pembaharuan memang memerlukan pengorbanan. Sejarah JDT, Larkin dan Liga Super bakal terus terpahat mati di memori semua penyokong malam ini.

Kepada penyokong-penyokong yang hadir ke Larkin malam ini jangan lupa abadikan setiap momento pesta kejuaaraan Liga Super kita malam ini kerana selepas ini tiada lagi di Larkin.

Kepada Pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, kami di Harimau Selatan dan penyokong-penyokong JDT merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas Kejuaran Liga Super ‘Double Hat-trick’  JDT serta Menjunjung kasih di atas hadiah 6 tahun kegembiraan kami semua selama ini di Larkin.

Jumpa anda semua malam ini di Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos LARKIN malam ini.

Luaskan Kuasamu Johor!

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply