Bahang kehadiran Sukan Malaysia edisi ke 20 (SUKMA XX) semakinterasa dengan pelancaran logo dan maskot rasmi temasya itu yang berlangsung di Hotel Impiana, Senaihari ini.
Kali terakhir Johor diberi penghormatan menjadi tuanrumah temasya SUKMA adalah pada edisi keempattahun 1992. Untuk edisi kali ini, JawatankuasaPenganjur komited untuk menjadikan SUKMA edisi ke-20 ini antara yang terbaik dalam sejarah penganjurannya sejak 1986.
Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Dr. Sahruddin Jamal yakin rakyat Malaysia akan merasai kehangatan SUKMA XX apabila temasya ini semakin hampir dan menjanjikan sesuatu yang memukau menjelang sainganyang akan bermula pada 11 Julai 2020.
“Kami mahu penglibatan seluruh negara dan memupuk semangat kesukanan untuk generasi akan datang bukan sahaja semasa temasya berlangsung malah selepas berakhirnya SUKMA XX.”
“Dengan penambahbaikan dan pembinaan beberapafasiliti dan infrastruktur baharu, Johor sudah pasti akan menjadi kuasa besar sukan dalam masa akan datang, sama ada menjadi penganjur temasya bertaraf duniaatau melahirkan atlet muda untuk negara.”
Beliau menambah “SUKMA XX merupakan temasya yang berprestij di negara kita dan kami berbangga dapat diberi peluang untuk menunjukkan kemampuan dan keupayaan kami untuk menganjurkan satu temasyayang gilang-gemilang.”
Tiga puluh lapan venue di sekitar Johor akan digunakan untuk 30 acara sukan yang akan melibatkan 14 buahkontinjen dan negara Brunei dengan seramai 11,000 atlet sepanjang temasya SUKMA XX berlangsung tahun depan.
Pengerusi Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan danKoperasi, YB Tuan Sheikh ‘Umar Bagharib Ali yakinkontinjen tuan rumah mampu melakar kejutan yang besar pada SUKMA XX.
Beliau berkata, “Generasi muda adalah tonggak masa hadapan dan SUKMA XX adalah landasan terbaik untuk atlet muda mempamerkan aksi mantap untuk menyinar. Saya yakin kita akan melihat ramai bakat baharu di dalam pelbagai acara dipertandingkan sepanjang temasya berlangsung.”
“Untuk peringkat negeri, kita sedang rancakmempersiapkan diri dari seluruh aspek dan sukanadalah salah satu bidang yang kita mahu mencapai kejayaan. Ramai atlet bertaraf dunia sedangdipersiapkan dan sudah pasti ada yang akan menyinarketika SUKMA nanti”, ujar Sheikh ‘Umar.
Dalam masa yang sama, maskot berupa seekor harimau diberi nama Jimi turut diperkenalkan yang menjadi simbol kepada Harimau Selatan. Jimi adalahseekor harimau yang berani dan garang, turut menampilkan ciri kesultanan zaman berzaman yang menjadi identiti negeri Johor. Selain itu, fesyen track suit terkini yang diperagakan oleh Jimi memastikan penampilannya lebih riang dan mesra untuk didampingi.
Logo bagi SUKMA XX turut diperkenalkan dengan bercirikan jawi melalui huruf ‘Jim’ yang mewakili negeriJohor dan juga identiti kebanggaan Bangsa Johor yang masih memartabatkan tulisan jawi selain turut digabungkan untuk menjadi obor temasya. Khazanah alam semula jadi di negeri Johor seperti gambir dan lada hitam turut diangkat sebagai sebahagian daripada obor temasya.
Slogan ‘Semarak Juara’ yang telah dipilih merupakanlaungan bagi menyahut cabaran untuk memperkasakan semangat kesukanan dan kegemilangan sukan turutdiletakkan di bawah logo temasya.
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (“KPRJ”) melalui anak syarikatnya, Sports Johor Sdn Bhd(“SJSB”) memainkan peranan sebagai sekretariat SUKMA XX dalam penganjuran sukan, pembangunan atlet dan program-program sukan di Johor.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat SUKMA XX Johor 2020, Tuan Haji ‘On bin Jabbar
“KPRJ dan SJSB sentiasa mendokong aspirasi dalam penganjurantemasya sukan di negeri Johor. Usaha ini dilakukan bagimemperkasa sukan sebagai satu industri yang mampumengubah cara hidup dan ejen penyatuan rakyat Johor bagi memacu ke arah kemajuan sukan yang lebih holistik pada tahun 2030.”
Sebelum tamat majlis pelancaran, tayangan montaj yang menerangkan rasional pemilihan maskot dan logo kejohanan turut dipertontonkan kepada para tetamu danrakan media sebelum majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan mencipta Logo.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.