KEPRIHATINAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DALAM MEMBERI BANTUAN BUKTI RAJA BERJIWA RAKYAT

Keprihatinan DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dalam membantu insan yang dalam kesusahan dan amat memerlukan kadangkala di luar pengetahuan ramai.

Meletakkan kesejahteraan rakyat selaku keutamaan, DYAM Tunku Ismail seringkali turun padang melihat sendiri keadaan rakyat jelata khususnya ketika dilanda musibah seperti antaranya sewaktu bencana banjir menimpa sebahagian daerah negeri Johor.

Tidak sekadar melawat, kurniaan pelbagai barangan keperluan adalah bukti betapa Baginda sentiasa mengambil berat berkenaan perkara-perkara yang berlaku.

Sepertimana diketahui umum, Baginda turut menghulurkan kurnia peribadi kepada Ustaz Ebit Liew sebagai sokongan atas usaha beliau yang aktif membantu golongan yang memerlukan.

Terbaharu, Baginda turut menyampaikan sumbangan kurnia kepada YB Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor yang juga ADUN Layang Layang bagi membantu keluarga-keluarga dan golongan yang terkesan di kala ini.

Sumbangan kurnia berterusan sejumlah lebih RM2 juta sepanjang tahun 2019 dan 2020 turut diagihkan kepada pejabat-pejabat daerah untuk disampaikan kepada masjid-masjid, pertubuhan-pertubuhan kebajikan, anak-anak yatim dan ramai lagi yang memerlukan.

Jelas, tindakan pantas baginda mengurniakan sumbangan peribadi tersebut mencerminkan sikap dan peribadi sebenar baginda sebagai raja berjiwa rakyat yang amat memahami kesusahan yang ditanggung oleh keluarga pesakit.

Keprihatinan baginda dalam membantu mereka yang memerlukan seperti ini amat sukar digambarkan dengan kata-kata.

Allah Peliharakan Sultan.

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply