Semua orang tahu bahawa Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah kelab terbaik di Malaysia malah tidak keterlaluan jika dianggap sebagai kelab terbaik sepanjang zaman penubuhan Liga Malaysia.
Bermula dari fasiliti hingga ke keselamatan pemain dan penyokong, JDT sentiasa memastikan setiap perkara diambil peduli walaupun mungkin dianggap kurang penting oleh orang lain.
Tetapi mengapa sikap ini ada pada semua yang terlibat dengan JDT? Jawapannya mudah iaitu kepimpinan yang bagus oleh pemilik kelab DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Jika kita melihat kepada cara TMJ memimpin kelab ini, jelas Baginda menyuntik elemen berkelas dunia, mewah dan melambangkan tahap profesional yang sangat tinggi.
Layanan Baginda kepada para pemain juga harus dijadikan contoh pemilik yang lain dengan bagaimana Baginda sering mengadakan majlis makan malam bersama-sama sebagai tanda penghargaan dan mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan antara mereka.
Walaupun ditatang bagai minyak yang penuh, namun TMJ jelas dengan misi Baginda iaitu menjuarai Liga Super agar JDT berjaya layak bertanding di peringkat tertinggi kelab Asia, Liga Juara-Juara AFC.
Baginda sendiri turun ke pusat latihan bagi memastikan setiap apa yang dirancang akan membuahkan hasil malah tegas dengan perilaku pemain jika ada yang tidak kena.
Lihat bagaimana Safawi Rasid pernah ditegur di laman sosial kerana dilihat hilang fokus akibat dari gangguan pihak luar. Ini kerana Safawi bukan hanya aset JDT tetapi juga aset skuad negara.
Setiap perkara tidak akan terlepas dari pengetahuan Baginda hinggakan kualiti permukaan padang juga Baginda tekankan kerana bola sepak dimainkan di atas padang.
Walaupun sudah memenangi banyak piala tetapi pemain JDT tetap bermain seolah-olah mereka mengejar piala pertama mereka. Ini kerana mindset yang telah diterapkan oleh Baginda agar sentiasa menjadi yang terbaik.
Jika dahulu tiada siapa mahu bercerita atau mengambil tahu tentang pasukan Johor tetapi kini segala-galanya adalah salah JDT. Ini membuktikan TMJ dan JDT sudah berjaya kerana gula sentiasa menarik minat semut.
“I demand performance and implement discipline” – TMJ
Luaskan Kuasamu Johor.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.