KENAPA JDT MEMPUNYAI DAYA TARIKAN PENAJAAN

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi mencuri tumpuan peminat bola sepak apabila menerima penajaan jutaan ringgit berupa jam tangan dan penjaga masa rasmi dari jenama jam terkenal antarabangsa Hublot.

Sebagai individu yang terlibat dalam dunia pemasaran dan pembangunan jenama lebih dari 10 tahun, saya terpanggil untuk menulis mengapa JDT mempunyai daya tarikan kepada penaja.

Hublot, jenama jam tangan antarabangsa menggunakan taktik pemasaran ‘Popular’, ‘Good Selling Point, ‘Class’, dan juga ‘Professional’. Apa yang menarik kesemua elemen ini ada pada JDT.

Hublot menggunakan jenama JDT untuk memperkenalkan jenama mereka ke khalayak ramai kerana mereka yakin dengan kerjasama bersama JDT, nama Hublot akan lebih popular dan menjadi sebutan orang ramai. JDT sangat popular di Malaysia malah hingga keluar negara jadi atas faktor ini JDT dipilih.

Pemain JDT memperagakan seutas jam tangan bernilai RM45,000. Ini dilakukan kerana para pemain ini mempunyai peminat tersendiri dari pelbagai kelas masyarakat sekaligus menjadikan mereka sebagai ‘A Good Selling Point’ kepada Hublot.

Jam tangan Hublot adalah jam tangan yang eksklusif dan ianya akan menaikkan profail dan ‘class’ si pemakai dan Hublot menggunakan JDT kerana kelab ini berada pada kelas tersendiri. Seperti yang mereka sering laungkan ‘A Class Above The Rest’.

Selain itu, papan masa di Stadium Sultan Ibrahim juga akan menggunakan teknologi jam dari Hublot. Ketepatan dan kejituan sememangnya menjadi sasaran utama buat Hublot dan menggambarkan kepentingan masa dalam sukan dan kehidupan seharian.

JDT juga dipilih kerana jenama JDT itu sendiri yang bersifat profesional dan bermutu. Jenama antarabangsa tidak akan melaburkan jutaan Ringgit jika mereka tidak akan mendapatkan hasil yang diingini. Dengan semua ‘corporate box’ yang sudah ditempah, Hublot percaya mereka mampu menjual jam tangan mereka kepada penyokong yang berkemampuan.

Atas faktor-faktor inilah JDT mempunyai daya tarikan kepada para penaja terutama jenama antarabangsa. Ini adalah konsep bola sepak moden yang mana perbelanjaan kelab dijana menerusi penajaan dan bukannya wang kerajaan.

Luaskan Kuasamu Johor.

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply