Kelab bola sepak dan media adalah satu elemen yang sangat penting dalam penyampaian info kepada para penyokong dan peminat bola sepak.
Tanpa media, kewujudan sesuatu kelab bola sepak mungkin muram kerana tiada isi yang boleh disampaikan sama ada berita itu berita baik mahupun berbentuk kontroversi.
Baru-baru ini, pemilik JDT, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah membuka pintu ‘rumahnya’ kepada para media untuk perlawanan persahabatan. Pihak media diberi peluang melawat fasiliti JDT dan seterusnya bermain bola di Stadium Larkin.
Ramai yang sedia maklum bahawa media adalah antara ‘haters’ semulajadi TMJ di peringkat awal dahulu. Tulisan dan analisis panas sering digunakan untuk bagi melariskan jualan akhbar mahupun meningkatkan ‘likes’.
Dalam semua wartawan yang menerima jemputan itu, tidak semuanya ‘haters’. Malah majoriti adalah penulis yang bijak dan tidak menggunakan emosi serta menjaga etika kewartawanan ketika membuat laporan.
Sebab itu laman web ini sering menegur sikap sesetengah golongan media yang dilihat cukup berat sebelah kepada JDT. Kita menegur bukan kerana taksub tetapi kerana kita tahu dunia bola sepak tempatan ini tidak besar dan pusing-pusing kita akan berjumpa juga sama ada lambat atau cepat.
Perkara ini harus menjadi penanda aras kepada pemilik kelab dan rakan media. Kita perlu berlaku adil dan melaporkan perkara yang betul dan bukannya bertindak mengikut emosi. Media perlukan bahan dan pasukan perlukan publisiti. Sama-sama kita bergerak ke arah kemajuan bola sepak tempatan.
Fikir-fikirkan lah.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.