JDT dan JDT II Jadi Juara – Kejutan Buat Haters
Setelah tamat suku akhir pertama unifi Piala Malaysia dan separuh akhir Challenge Cup kedua-dua pasukan JDT dilihat berada pada landasan yang tepat untuk mara ke peringkat seterusnya.
Tidak boleh dibayangkan bagaimana agaknya reaksi seantero Malaya jika kedua-dua kejohanan ini dimenangi oleh pasukan Harimau Selatan ini. Pastinya akan ada yang meroyan dan semakin meningkatlah jumlah “haters” yang muncul.
Cakap-cakap bahawa semua piala dicipta untuk JDT akan kembali kedengaran. Pihak media akan menyediakan laporan segala perkara negatif tentang JDT dan ianya dipukul canang sekurang-kurangnya satu purnama.
Jika difikirkan kelakar sebenarnya masalah ini. JDT jelas bergelut ketika peringkat kumpulan tetapi masih layak dan mempunyai kelebihan ke suku akhir. JDT II pula tidak diletakkan sebarang harapan di Challenge Cup tetapi kini hampir ke final.
Apakah aura JDT dan juara itu sungguh kuat sehingga sukar untuk menumbangkan pasukan ini. Pelbagai cara dilakukan tetapi semakin dibenci semakin maju JDT berkembang. Benar kata orang tua-tua jika benci biar seadanya kerana takut bertukar menjadi sayang.
Hujung minggu ini bakal menjadi saksi untuk episod seterusnya. Adakah impian untuk melihat kedua-dua pasukan bergelar juara pertandingan berbeza akan terjawab. Adakah haters akan diam ataupun mereka bersorak sorai gembira.
Skrip ini bukanlah satu naskhah yang ditulis sendiri. Tetapi ia adalah ketentuan Ilahi. Jika ditakdirkan juara kita sambut sekali lagi dengan bunga api. Tetapi jika sebaliknya kita tetap tenang dan bersedia untuk musim hadapan.
Apa pun yang terjadi kesan cetakan biru JDT kian jelas terlihat dan ini adalah testimoni jelas pentingnya satu misi dan visi antara kelab utama dan kelab pembangunan. Tahniah DYAM Tunku Mahkota Johor dan tahniah kepada Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim.
Riduan – Kukup
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.