SUMBANGSIH 2018 – JDT LULUS UJIAN PERTAMA

JDT berjaya merampas semula Piala Sumbangsih dari tangan pasukan Kedah dengan persembahan yang cukup meyakinkan.

23,020 orang penonton dilihat cukup terhibur dengan persembahan yang diperagakan. Paling menarik adalah “hiburan” baharu oleh Corbin Ong. Lontaran kedalam jauh yang dilakukan oleh beliau sungguh mengujakan.

Foto: www.asiana.my

Corbin juga menunjukkan kualiti beliau sebagai pertahanan kiri yang lengkap. Larian ‘overlap’ beliau sangat klasik dan berjaya membantu dalam gol kemenangan JDT.

Fadhli Shas dan S Kunanlan juga membuktikan kenapa mereka masih terpilih menjadi kesebelasan utama. Ketenangan Fadhli dan kepantasan Kuna memang banyak membantu pasukan ketika bertahan dan menyerang.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Luciano Figueroa dan Marcos Antonio yang membuktikan umur bukanlah faktor yang melemahkan mereka.

Foto: www.asiana.my

2 gol mereka berjaya membawa semula trofi ke bumi Johor.

Jentera tengah berfungsi dengan menarik dan sistematik. Gandingan Hariss-Safiq-Natxo dan Cabrera pasti mendatangkan gerun kepada pihak lawan.

Tetapi ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki untuk memastikan semua unit berjalan dengan lancar.

Aksi Izham Tarmizi dilihat kurang meyakinkan. Adakah kerana beliau tertekan dengan kehadiran Haziq dan bakal kembalinya Farizal dalam skuad.

Beliau dilihat teragak agak dalam membuat keputusan. Malah hantaran jauh beliau dilihat tidak memberi hasil. Gol pasukan Kedah berpunca dari kesilapan yang bermula dari Izham.

Foto:: www.asiana.my

 

Pereyra Diaz juga kelihatan sedikit kehilangan sentuhan berbisa. Tetapi beliau masih menunjukkan kerajinan dengan sering mengkucar kacirkan pertahanan lawan.

Secara keseluruhan JDT berjaya memadam mimpi ngeri mereka di Bangkok dan mengembalikan semula keyakinan kepada peminat.

Peminat juga harus bersabar dan rasional. Pemain masih dalam fasa menyesuaikan diri dan hanya masa menentukan kehebatan JDT.

Perlawanan seterusnya menentang pendatang baru PKNP Fc tidak boleh dipandang enteng. Ayuh ramai ramai penuhkan Stadium Larkin. Pastikan angka 23000 itu konsisten untuk setiap perlawanan.

Sumber: Johor Southern Tigers

“It’s true that we made two or three mistakes in midfield and gave chance to Kedah, but overall JDT controlled the game for the whole 90 minutes..” Ulisses Morais, Jurulatih JDT

 

Oleh: Admin JJ

 

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply