JDT KELAB KECIL YANG TERUS BELAJAR
“Saya akui saya individu yang banyak buat silap, sejak 2013 lagi. Sudah terantuk baru terngadah..” DYAM Tunku Mahkota Johor – Pemilik Kelab JDT
Kempen bolasepak JDT untuk musim 2018 bakal ditentukan 16 September ini. Perlawanan mesti menang untuk melangkah ke peringkat seterusnya. Jika menang Alhamdulilah. Jika kalah kita jangan risau sampai macam nak terbalik dunia ini nanti kerana kita masih Juara Liga Super Malaysia buat kali kelima berturut-turutlah!
Kita jangan lupa untuk imbas kembali di awal musim 2018 dulu daripada pasukan ‘favourite’ di atas kertas untuk menang semua kejohanan bertukar menjadi pasukan paling berpeluh untuk menang dan mengekalkan kejuaraan. Alhamdulillah berkat kesabaran dan kerjasama semua tahun depan kita bermain di ACL lah!
Trendsetter JDT
Bukan senang untuk menjadikan kelab JDT ‘trendsetter” untuk menjadi kelab bolasepak paling profesionalisme dalam negara. Belajar untuk menjadi professional daripada tangga teratas carta organisasi dalam kelab hinggalah profesionalisme menjaga kualiti rumput untuk dipijak oleh pemain-pemain. Konflik mendidik semua peminat dan pembenci JDT yang amat mencabar kerana terdapat konflik di antara sentimen sentimental kenangan pasukan Johor sebelum 2012 dan era revolusi selepas itu.
Medium Berbicara Baharu
Kelab bolasepak JDT adalah kelab bolasepak di negeri Johor yang sedang cuba untuk belajar mencari formula terbaik untuk mendidik penyokong-penyokong luar untuk terus menyokong kelab bolasepak JDT. Kepada penyokong-penyokong Johor melalui panji JDT untuk menyokong kelab, cintakan negeri Johor dan menghormati pemilik kelab JDT, Tunku Mahkota Johor Pewaris takhta negeri Johor dan jajahan takluk seluruhnya. Alhamdulillah Tunku Mahkota Johor mendengar rasa kesah dan resah rakyatnya untuk mengasingkan dua medium berbicara. Baginda hari ini dah pun melancarkan medium media sosial baginda. Page HRH Crown Prince of Johore, Instagram hrhcrownprinceofjohor dan twitter @HRHJohorII.
Hadiah Stadium Baharu
Di awal proses revolusi kelab JDT, macam nak pecah stadium Larkin di setiap perlawanan. Jam 2 dah berdedai penyokong-penyokong berada di sekitar stadium. Punyalah macam sardin bila waktu penyokong beratur nak masuk stadium. Punyalah best masa tu. Atas dasar sayangkan penyokong dan rakyatnya, TMJ tak berhenti belajar dan mencari formula untuk keselesaan penyokong. Alhamduliilillah berkat usaha tanpa lelah TMJ untuk cari duit buat kelab, nah Stadium Sultan Ibrahim 500 juta baginda hadiahkan untuk rakyatnya! Terima kasih Tunku!
Yayasan JDT
Duit kelab makin lama makin terus menyusut. Menambahkan kepayahan baginda untuk membantu survival kelab JDT. Kalau orang lain rasanya dah lama dah bye-bye kelab JDT ini kerana baginda boleh sahaja tinggalkan semua dan terus bermain polo sukan kegemaran baginda dari dulu. Tapi atas dasar sayang kan kelab dan perpaduan rakyat Johor baginda terus belajar untuk mencari dana. Nah.. Yayasan JDT sudah pun diberi nafas baharu. Belajar bertatih kembali selepas sudah lama diperam. Yayasan JDT adalah suara penyokong dan salah satu usaha penyokong untuk membantu kelab JDT demi keagungan jangka panjang. Bayangkan kalau lah Yayasan JDT menerima RM100 dari setiap penyokong untuk 1 musim. Misal katalah capai 500,000 penyumbang setahun. Total kutipan semusim – 500,000 x RM100 = RM50 juta setahun budget untuk kelab. Wow!
DNA JDT
Akhir sekali, betapa sukarnya JDT untuk mendidik penyokong tentang filosofi DNA taktikal JDT. Sudah lebih kurang 6 tahun JDT belajar untuk membentuk sistem permainan dalam padang. Percaturan mencari jurulatih dan mencari pemain paling sesuai kepada DNA JDT. Memudahkan pemain-pemain muda JDT di akademi melangkah masuk di masa depan nanti. Mahukan JDT mempunyai satu permainan yang mempunyai ‘signature’ dalam corak permainan. Sentimen mesti menang setiap permainan dan mengekalkan sistem permainan yang sudah menghasilkan debat antara kelab dan penyokong selama ini. Kita positif lambat laun formula ini bakal ditemukan untuk memberi kepuasan kepada semua.
Luaskan Kuasamu Johor
HS
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.