JDT HQ – LAMBANG KEMEGAHAN DAN KEJAYAAN JDT

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan pelancaran JDT HQ yang disempurnakan oleh DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Raja baru-baru ini.

JDT HQ ini jelas menggambarkan kemegahan dan kejayaan berterusan JDT walaupun baru 6 tahun dibentuk. Wawasan dan kerja keras semua pihak berjaya dibuktikan dengan pembukaan ibu pejabat ini.

Saya berpeluang melawat sendiri JDT HQ ini dan apa yang boleh saya katakan adalah ianya WOW. Bangunan petak penuh kaca berlatarkan Stadium Sultan Ibrahim yang canggih ini sangat menarik perhatian dan bakal menjadi ikon JDT.

Tidak dapat digambarkan perasaan pengurusan dan pekerja JDT yang pastinya bangga dengan kurniaan DYAM Pemangku Raja. Sebuah pejabat yang menjadi iri hati kelab bola sepak yang lain.

Kita harus mengaku belum pernah ada lagi pasukan bola sepak di Malaysia yang mempunyai ibu pejabat sendiri. Majoriti masih menyewa dan ada yang menumpang di pejabat parti politik.

JDT sekali lagi menjadi penanda aras lanskap bola sepak tanah air dan ini jelas menunjukkan bahawa JDT bukan sahaja menjaga kebajikan pemain malah ianya merangkumi keseluruhan staf yang menjadi tulang belakang JDT.

Untuk menjadi yang terbaik anda perlu mempunyai pasukan yang profesional baik di dalam dan di luar padang. Ini sememangnya dibuktikan di JDT apabila para karyawan JDT bergaya berfoto bersama-sama DYAM Pemangku Raja di hadapan JDT HQ.

Sekali lagi tahniah JDT. Anda buktikan dengan visi dan misi yang jelas serta kerja keras tiada apa yang mustahil. JDT akan kekal ‘best above the rest’ untuk jangkamasa yang lama jika tiada anjakan paradigma dilakukan dari kelab lain. Fikir-fikirkan lah

 

Foto: Shah Syarizal

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply