JDT ADALAH PELOPOR DAN BUKANNYA MUZIUM

Tertubuhnya Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 2013 melihatkan berlakunya perubahan lanskap dan norma baharu dalam senario bola sepak negara. Segalanya berubah 360 darjah bermula dari luar padang hingga ke dalam padang.

Ditunjangi DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, seorang anak raja yang berjiwa bola sepak, baginda menetapkan satu piawaian yang tinggi dengan niat mahu melihat JDT terus muncul sebagai pelopor dalam pelbagai hal dalam bola sepak.

Norma lama dalam bola sepak Malaysia adalah kebergantungan kepada dana kerajaan negeri, hasil kutipan tiket dan diuruskan dalam keadaan asal boleh. Jadi apabila muncul JDT yang diuruskan secara profesional, ramai yang mula membuka mata dan ramai yang mula mengata.

Belum pernah dalam sejarah bola sepak negara, sebuah pasukan negeri bergerak tanpa menggunakan dana kerajaan sebaliknya menggunakan wang penajaan dan komersil dan bebas dari masalah kewangan.

Belum pernah dalam sejarah bola sepak negara, sebuah pasukan mempunyai pusat latihan yang lengkap dengan pelbagai fasiliti canggih bukan hanya untuk pasukan utama malah untuk kesemua pasukan junior.

Pusat Latihan Skuad Senior JDT
Pusat Latihan Skuad Junior JDT

Belum pernah dalam sejarah bola sepak negara, sebuah pasukan mempunyai stadium mereka sendiri dan belum pernah lagi ada pasukan yang mempunyai pemilik yang berhubungan baik dengan nama-nama besar bola sepak dunia.

Inilah yang dinamakan ‘pioneer’. Segalanya yang pertama dan terbaik. Bukan mahu mendabik dada tetapi inilah realiti yang perlu diakui oleh semua pihak dalam bola sepak.

Sejarah dalam bola sepak amat penting. Tetapi jika kita hanya mengenang sejarah dan tidak bergerak kehadapan kita selayaknya digelar muzium. Muzium sebenarnya diwujudkan untuk kita belajar tentang kejayaan dan kesilapan lalu untuk kita lebih maju kehadapan dan bukan sekadar mengenang kejayaan lampau.

Itu yang diterapkan dalam JDT. Dalam enam tahun, JDT sudah memenangi semua piala domestik termasuk enam kali menjuarai Liga Super. Di peringkat Asia pula, JDT muncul satu-satunya kelab dari Asia Tenggara muncul juara Piala AFC dan kini memberikan saingan hebat di Liga Juara-Juara AFC.

Sejarah ini perlu dikenang tetapi sebagai pelopor, sejarah ini akan digunakan sebagai azimat untuk semua yang terlibat dengan JDT untuk bekerja lebih kuat demi mencipta sejarah baharu tahun demi tahun.

Saya lakukan semua ini untuk anak cucu kita”

Titah TMJ yang mahukan JDT menjadi legasi sepanjang zaman. JDT mahu dikenang sebagai ‘pioneer’ dan bukan sebagai muzium. Satu legasi yang perlu dibangga dan dipertahankan. Luaskan Kuasamu Johor.

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply