JAUHAR KUTUBKHANAH FILOSOFI PENYATUAN BANGSA

 

JAUHAR KUTUBKHANAH FILOSOFI PENYATUAN BANGSA

Satu hari di hari sabtu, di halaman rasmi merah biru terpandang sesuatu, kajian agenda perpaduan bangsa jadi implementasi,
Asal daksina katanya berkurun lama berapresiasi.

Dikaji oleh ISEAS Yusuf Ishak Institute dari Temasek, artikel yang telus fakta juga begitu menarik, tapi awas boleh mengundang segera gangguan Psychosomatic, macam castle bravo meledak automatik, buat kelompok si hepar hitam bertambah sakit. Kenyataan yang benar sememangnya perit.

Kerana tak ramah berbahasa penjajah, lalu sahabat dicari untuk jadi penterjemah, inilah akibat hanya tahu bahasa yang mudah, cerebrum pun oksidasi malu bercambah.

Mari mula qiraah,

Kira detik satu dua dan tiga,
Satu hembusan respirasi aerob kita mula segera.

Identiti kewujudan bangsa Johor”

Wujudnya bangsa Johor terbukti di sejarah lama, lebih satu ratus tahun termeterai bersama, orang laut adalah asal penduduk sekian lama, manakala orang sungai dan darat puak berlainan berkongsi di tanah yang sama, sebelum datangnya kaum
India dan juga cina. Lalu disatukan semua bangsa di kerajaan Jauhar. Almarhum DYMM Sultan Sir Abu Bakar Ibni Al-Marhum Temenggung Seri Maharaja Tun Daing Ibrahim pencetus penyatuan bangsa. Semua kaum dilayan sama rata juga saksama.

Metafisika kemodenan dan kemajuan”

Kemajuan tanah Jauhar bukan cerita baharu, sudah bekurun sejak lama dahulu, kukuh ekonomi, dan juga infrastruktur, sudah sebati dalam Sosio-kultural yang dicatur.

Hadirnya British, Jauhar tak goyang, tetap gagah Kesultanan tak goncang, Si Hidung mancung ikut jari telunjuk,
Segala hasil bumi daksina tak mudah untuk ditangguk.

“JST halaman filsafat

Kini dizaman milenia,

laman web JST media pluraliti, platform Tunku Mahkota dan keluarga diRaja sebagai teologi rasmi. Kunci utama menyemarakkan semangat bangsa untuk terus mekar bersemi. Bahan rujukan untuk bangsa Jauhar paling direkomendasi.

Tidak hanya memaparkan jadual perlawanan, keputusan, keraian dan kejayaan, tetapi medan untuk memberi pengetahuan sejarah Johor dan juga perkembangan. Juga menjadi tempat segala perutusan disampaikan, supaya sampai terus tanpa sempadan, juga dihurai terus tanpa tapisan.

“Trisula ideologi Harimau Selatan”

JDT menjadi tulang belakang kekuatan identiti Bangsa Johor,
menerbitkan sifat rasa taat setia paling tersohor. Semua rakyat Johor mempunyai narapidana dan emansipasi, terlindung dari agenda politik yang buruk inspirasi, semua rakyat bebas dari segala inkarserasi, disini benar-benar lahir sejatinya demokrasi.

Semangat Penyokong JDT menyelebungi jiwa dan raga melalui aura sejarah, imej Harimau yg menjadi simbolik primer dalam jata, kekuatan dan semangat juang yang tinggi elok bagai mestika. Lestari wujud rakyat Jauhar istiqamah.

 

Metode penyatuan Tunku Mahkota”

Tunku adalah penyambung legasi Sultan Sir Abu Bakar, obligasi perpaduan rakyat kini sudah kuat berakar pracanda, tunjangnya cukup bertahan untuk badai sehebat katrina, cukup kebal walau gempa bumi ardabil datang melanda.

Kejayaan konsep Bangsa Johor ini adalah satu kejayaan yang memberangsangkan, berbeza pula konsep penyatuan satu Malaysia yang di canang-canangkan, di tanah ini tiada siapa berani memagut, silap caturan diri sendiri bakal terjerut, tanah ini bukan lubuk memeras ugut, perpaduan bangsa ini bukan mudah untuk diragut.

Moderasi dan truisme”

Apabila melihat semua rumusan dalam kajian, saya tersenyum puas ada lagi yang celik dalam pemikiran, mereka orang luar tapi mereka tidak buta penglihatan, perpaduan kita ini harus terus dikekalkan, Bangsa Johor adalah satu dalam jutaan, bangsa Johor tetap dalam kategori VVS1 kasta perpaduan.

Akhir kalam,

Rendam tak empuk, rendam tak basah”

Pertahankan daulat tanah daksina, biar berkuasa seperti Jupiter di tata surya, kerana nigrat dan adiwangsa kita berjaya, bangsa Jauhar kini adinata, kita setia terikat kerana kuat dalam paksinya, dengan bersatu padu kita tidakkan goyah, macam zarah Tachyon kita laju dari cahaya,
kita unggul satu ratus tiga puluh ribu tahun cahaya, jauh kita macam bumi dan planet Haumea. Sampai masa hari yang tiba, Tanah ini mutlak kita yang punya. Danakirti kita dipandang jegatraya, Jah kulawangsa sedang mereka tidak bermaya

“Sejak tahun 1920, moyang saya Sultan Sir Ibrahim sudah menggunakan penyatuan semua kaum dan rakyat didalam kewujudan bangsa Johor dibawah satu panji demi keharmonian, kesejahteraan dan keamanan yang lebih baik. Tiada tempat untuk diskriminasi dan kasta bangsa di Negeri ini. Semua adalah dilayan sama rata, visi almarhum terbukti berjaya” -DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Maka diingatkan sekali lagi, kata kunci simpan dalam hati,

Mahmudah dalam konotasi,
Obligasi untuk implementasi,
Nihilisme bukan regulasi aspirasi,
Altruisme baginda konsolidasi,
Rakyat Jauhar itu artikulasi,
Kosmologi harus moderasi,
Indikator mencegah terjadi oksidasi!”

Selamat meraikan hari mengundi Malaya!!!
Johor mesti sentiasa jadi Johor..

Artistik dari manusia satu denyut

Terimalah,

Oleh: Hafiz Othman

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply