INILAH TUNKU MAHKOTA JOHOR KAMI!

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. Seorang Putera Raja yang amat bertanggungjawab ke atas susah senang rakyatnya. Satu sifat azali yang semakin mekar subur dalam jiwa baginda.

Terlalu banyak yang dilakukan. Terlalu banyak disumbangkan. Pada baginda segalanya akan dilakukan demi rakyatnya yang tercinta.

Sumbangan yang baginda kurniakan tidak terhad pada sesuatu perspektif sahaja tetapi merangkumi satu asosiasi yang amat luas.

Di artikel sebelum ini iaitu RETROSPEKTIF KEPRIHATINAN SEORANG PUTERA RAJA BERSAMA KELAB BOLA SEPAKNYA – HARIMAU SELATAN telah kami imbas sumbangan peribadi baginda melalui organisasi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Disini artikel ini pula kami lampirkan sumbangan baginda melalui kapasiti baginda sebagai DYAM Tunku Mahkota Johor dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini iaitu sekitar tahun 2019-2020.

MEMBERI SUMBANGAN DAN MENGHARGAI WIRA NEGARA

3 Mac 2019 

Satu apresiasi keatas wira negara apabila DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berkenan menyampaikan sumbangan kurnia kepada keluarga anggota bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor Bahru, Larkin.

Ini bukan pertama kali penghargaan diberi kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Imbas kembali, pada sekitar Oktober 2018, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota berkenan memberikan sumbangan kepada waris enam anggota bomba yang terkorban dalam operasi mencari dan menyelamat seorang remaja di lombong di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor.

MEMBERI SUMBANGAN KEPADA RAKYAT NEGERI JOHOR YANG DITIMPA MUSIBAH DAN BENCANA

14 Mac 2019

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berkenan memberi sumbangan bantuan kepada mangsa bencana pencemaran sisa toksik Pasir Gudang di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor.

14 Disember 2019

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor mengurniakan sumbangan peribadi kepada mangsa bencana banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Surau Kg. Sungai Siam, Kulai sejurus pulang dari program di Tanjung Emas, Muar.

16 Disember 2019

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor mengurniakan sumbangan peribadi kepada mangsa bencana banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang dan Balairaya Kg Baru Sg. Mas, Kota Tinggi

MEMBERI SUMBANGAN KEPADA ASNAF DAN MEREKA YANG MEMERLUKAN BANTUAN

15 Mei 2019

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor memberi sumbangan kepada asnaf  ketika majlis santapan berbuka puasa di Masjid Riyadus Solihin, Pintas Puding, Parit Raja, Batu Pahat.

19 Mei 2019

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YM Che Puan Khaleeda berangkat hadir menziarahi anak-anak yatim di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Mersing. Baginda turut meluangkan masa melawat asrama putera dan puteri serta memberikan sumbangan kurnia kepada anak-anak yatim dan pengurusan pertubuhan kebajikan tersebut

30 Mei 2019

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor hadir melawat ke Pusat Jagaan Bakti Murni Warga Emas dan Orang Kurang Upaya. Baginda turut memberikan sumbangan kepada 32 penghuni dan kakitangan pusat jagaan tersebut bagi meraikan perayaan Aidlifitri

Sekitar Julai dan Julai 2019 (Bulan Ramadhan)

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah meluangkan masa berangkat hadir ke majlis santapan berbuka puasa di daerah-daerah negeri Johor. Baginda juga berkenan untuk mengurniakan sumbangan peribadi kepada Asnaf di semua lokasi-lokasi yang dilawati. Antara lokasi bertuah tersebut adalah Masjid IOI, Segamat, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Muar, Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, Johor.

MEMBERI SUMBANGAN UNTUK KEPERLUAN PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM TERMASUK ORANG ASLI MALAH TIDAK LUPA DALAM KEWAJIBAN DALAM ZAKAT

29 Mei 2019

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor menunaikan zakat berjumlah RM1 juta pada tarikh tersebut,. Baginda yang juga merupakan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) turut mewakafkan elaun yang diterima baginda dari MAINJ kepada Maahad Tahfiz Sains Medik dan Antarabangsa Johor.

22 Ogos 2019

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor menyampaikan sumbangan kurnia kepada para Mualaf serta Anak-Anak Orang Asli Kampung Simpang Arang, Gelang Patah, Johor

5 November 2019

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor menunaikan zakat kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) untuk diberikan kepada asnaf-asnaf dan badan kebajikan yang layak menerima. Baginda turut berkenan lima buah masjid di daerah negeri Johor dinaikkan taraf untuk kemudahan rakyat beragama Islam menunaikan solat fardu Jumaat pada masa akan datang.

17 Ogos 2019

DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja berangkat ke Felda Ayer Hitam, Kluang, Johor pada. Dalam lawatan tersebut, baginda meluangkan masa bertemu dan beramah mesra serta turut menyampaikan sumbangan kurnia peribadi kepada penduduk setempat.

MEMBERI SUMBANGAN DAN BANYAK MEMBANTU DALAM MENGAWAL PANDEMIK COVID-19 DI NEGERI JOHOR

Mac 2020

DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang juga merupakan Pro Canselor UTHM telah mengurniakan sumbangan peribadi berjumlah RM50 ribu untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pelajar dan keluarga staf UTHM yang terlibat dengan Covid-19.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor mengurniakan sumbangan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor, daerah-daerah dan pelajar-pelajar bagi meringankan beban yang dihadapi dalam situasi COVID-19

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berkenan mengurniakan beberapa siri sumbangan pelbagai peralatan perubatan bagi menangani wabak Covid 19 Negeri Johor berupa 30 unit Blood Pressure Monitoring Set, 55 unit Infrared Thermometer, 31 unit Glucometer, 35 unit Pulse Oxymeter. Peralatan tersebut telah diagihkan untuk kegunaan hospital Covid-19  Negeri Johor; Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan Hospital Permai Johor Bahru.

Akhir penulisan, sesungguhnya kami sebagai rakyat Johor amat bersyukur apabila dikurniakan seorang pemimpin yang amat prihatin dan rakyatnya.

Di kesempatan ini juga, kami ingin mengucapkan, Selamat ulangtahun Tunku! Semoga Tunku sentiasa dibawah lindungan Yang Maha Esa.

Muafakat itu berkat. Allah peliharakan Johor.

“Taat setia saya adalah kepada Sultan saya, negeri Johor dan rakyat saya”- DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply