HEBATNYA JABATAN SCOUTING MENGHIDU BAKAT BUAT JDT

Tular di media sosial bukan hanya di Malaysia malah hingga ke Indonesia apabila Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan pemain naturalisasi Indonesia Jordi Amat sebagai rekrut terbaharu.

Seperti biasa ada yang gembira ada yang benci malah ada yang meluat dengan berita ini. Tetapi apa pun yang dirasai oleh netizen ianya adalah satu ‘marketing’ percuma buat JDT.

Disini Jabatan Scouting JDT harus diberikan pujian. Diketuai Pengarah Sukan, Martin Prest dan kesemua pencari bakat dilihat berjaya memainkan peranan dalam menghidu bakat-bakat baharu yang berkualiti buat JDT.

Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri adalah pemain berprofil tinggi yang berjaya direkrut sehingga dilihat berjaya memberikan kelebihan buat JDT bukan sahaja dalam saingan domestik malah hingga ke peringkat Asia.

Kehadiran Jordi Amat ke Iskandar Puteri juga menarik minat netizen Indonesia untuk membandingkan tahap efisiensi JDT dan PSSI dalam menguruskan hal kewarganegaraan Amat dan JDT lebih pantas menghidu peluang untuk menawarkan kontrak kepadanya.

JDT boleh mendaftarkan Amat sebagai pemain antarabangsa dan juga mempunyai pilihan untuk menukarnya kepada pemain Asean selepas selesai segala urusan Amat untuk mendapatkan passport Indonesia.

Netizen Indonesia juga berang kerana mengapa Amat memilih JDT dan bukannya bermain di Indonesia tetapi Harimau Selatan telah menunjukkan kepada beliau segala apa yang diperlukan oleh pemain profesional tersedia di JDT dan tanpa berfikir panjang bekas pemain Swansea City itu bersetuju menurunkan tandatangan.

Tetapi JDT tidak melatah dengan serangan maya dari netizen Indonesia ini kerana JDT sedar bahawa selepas ini semua perlawanan melibatkan Harimau Selatan akan mendapat perhatian penyokong Garuda sekaligus menaikkan rating siaran langsung dan juga nilai komersil kelab.

Tahniah kepada Jabatan Scouting JDT. Kepantasan anda menghidu peluang memang berhak diberikan pujian. Kini JDT semakin garang dan kehadiran Amat pastinya akan menambah lagi sengat JDT terutama di peringkat Asia. Luaskan Kuasamu Johor

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply