BETUL ORANG TUA CAKAP, KITA TAK PANDAI JAGA BARANG FREE

Jika kita mendengar kata-kata dari orang yang lebih tua, kita sering mendengar mereka berpesan supaya menjaga baik-baik barang yang kita dapat secara free kerana sudah menjadi kebiasaan kita tidak pandai menghargai barang free akibat kita tidak merasai susah payah untuk mendapatkan barang tersebut.

Mungkin ramai anak-anak muda yang marah apabila ditegur sebegitu rupa tetapi itulah hakikatnya yang sering terjadi kepada masyarakat kita. Tidak perlu pergi jauh, lihat pada diri kita dan lihat pada keluarga kita. Barang free selalu mudah hilang dan rosak bukan.

 

Inilah juga yang terjadi pada padang di Stadium Nasional Bukit Jalil. Barang free kurniaan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dilanyak dan tidak dijaga dengan baik, berbeza dengan janji yang ditabur ketika menerima tajaan.

Perkara ini sememangnya sudah dijangka akan berlaku kerana barang free ini datang dengan sendiri kepada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dan PSM tanpa perlu bekerja keras untuk mendapatkan dana bagi membaik pulih padang yang sentiasa menjadi masalah negara.

Presiden PSM pula seorang anak wayang terkenal yang percaya formula nya adalah yang terbaik dan kini sudah pasti akan mengeluarkan segala alasan yang boleh untuk menutup kelemahan sendiri kerana tidak pandai menjaga barang free ini.

Cerita-cerita dongeng yang diutarakan dilayan sahaja oleh TMJ kerana jauh di sudut hatinya, Baginda tahu anak wayang ini hanya bermain wayang dan akan menyalahkan pihak lain untuk menyelamatkan diri atas kesalahan tidak mampu menjaga barang free dengan baik.

 

Empat hari sebelum final, keadaan padang bukan tidak sesuai malah tidak siap. Masih sempat final ini ditangguh atau dibatalkan kerana pemenang piala ini hanya akan membawa pulang trofi dan bukannya sebarang slot ke peringkat kelab Asia.

Pening kepala melayan keletah anak wayang yang kononnya tahu mengenai padang. Sekarang barang free ini menjadi mimpi ngeri sekali lagi buat penaja yang sudah pun menggunakan padang ini lebih dari tiga tahun.

Terima kasih PSM kerana bijak menguruskan barang free ini. Jika tidak mampu buang ego, ketepikan rasa malu. Belajar dari yang pakar kerana tidak runtuh langit jika kita mengaku kita tidak tahu dari mendabik dada seakan tahu semua perkara.

Memetik kata-kata pujangga Buya Hamka,

Manusia itu lahirnya dari tanah, makan hasil tanah, tetapi mengapa bersikap mendongak ke langit.”

Fikir-fikirkanlah.