Sebelum CIMB Liga Super Malaysia 2020 terhenti akibat penularan pandemik Convid-19 yang kini seakan kritikal. Kemunculan Arif Aiman Mohd Hanapi dalam penampilan buat julung kalinya menarik perhatian penyokong, pengkritik serta pemerhati bola sepak Tanah air. Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dibawah kendalian Benjamin Mora dilihat berani membuat eksperimentasi dengan menurunkan pemain berusia 17 tahun tersebut.
Ariff Aiman adalah dari produk pembangunan akar umbi. Pernah memperkuatkan skuad jdt 1V kemudian naik satu tangga ke jdt lll sekitar 2018 dan 2019. Pada tahun 2020 bermula perjalanan Ariff Aiman ke skop lebih besar apabila diberi kepercayaan berada bersama skuad JDT II yang dikendalikan oleh bekas Pengarah Akademi & Pencari Bakat Malaga CF, Rafael Gil Sanche.
Rafael Gil Sanche memberi kepercayaan kepada Ariff Aiman dengan menurunkan pemain muda ini secara konsisten bermula awal musim. Hasilnya sekitar 29 Februari 2020, ketika bertemu Pasukan Negeri Sembilan pada aksi Liga Perdana Malaysia, Arif berjaya menjaringkan gol pantas lalu membantu memastikan tiga mata mutlak JDT II dengan keputusan mutakhir tuan rumah tewas 1-3 kepada JDT ll.
Menjadikan Arif Aiman sebagai contoh. Organisasi JDT kini dilihat sudah mula memproduksi bakat-bakat muda mereka sendiri. Tanpa mengira implikasi, JDT juga berani menurunkan bakat-bakat muda ini merasakan depresi bermain dengan skuad utama.
Muhd Ramadhan Saifullah Usman antara pemain yang diberi peluang beraksi dengan skuad utama mereka. Dengan kepercayaan dan peluang yang beliau kecapi, pemain ini dilihat lebih matang dalam mempamerkan aksi menyakinkan dan berjaya mengawal prestasi mengikut situasi.
Sebelum terlupa, Muhammad Hadi Fayyadh bin Abdul Razak pula pernah diberi oksigen setelah kegagalan Frenz United untuk terus hidup. Di JDT beliau diberi pendedahan dan memperbaiki prestasi sehingga berjaya menarik perhatian kelab J2 league Fagiano Okayama FC
Akhir penulisan, moral dari artikel ini, tanggapan umum bahawa JDT tidak memberi faedah besar dalam perkembangan bakat muda adalah disangkal. Seratus peratus kesilapan. Terbukti hanya yang terbaik mampu menyahut cabaran dan bersaing dalam mengejar cita-cita menuju puncak kegemilangan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.